si tripod

assalamualaikum

seperti yang dijanjikan muncul la entry pasal si tukang amek gambar OOTD aku ni.. kehkehkeh.. nak glamour katanya tu sibuk nak enterframe dalam blog aku ni walaupon blog aku suam suam kuku ajer famousnya..

handsome ke tak si beliau ni? tak handsome takpe janji pandai amek gambar OOTD.. 😆

aku beli tripod ni sebelum raya itu hari.. kengkonon la nak amek gambar OOTD pagi raya kan.. raya PKP sape je nak layan kitorang satu family bergambar kalau bukan si tripod ni? haha.. aku beli kat mr.diy harganya dah lupa mungkin dalam lingkungan RM20 ke RM30 macam tu.. takde la mahal sangat tapi berfungsi dengan helok.. ada bluetooth senang nak kecekak kecekak.. lepas tu kakinya tu boleh ditarik.. ikot ketinggian korang nak la.. dan boleh jugak jadi monopod.. haa berbaloi ke tidak? mesti la berbaloi.. #doneracun

dengan adanya si tripod ni senangla aku nak berOOTD tanpa menyusahkan sape sape.. gambar pon helok je kejadian.. tapi kalau tempat orang lalu lalang segan jugak nak berOOTD dengan tripod.. haha.. kalau keadaan terpaksa boleh guna kehebatan suami untuk amek gambar isteri.. 😆

bye!
xoxo

8 comments:

  1. Betul itu tidak payah risau suruh orang ambil gambar.

    ReplyDelete
  2. shida ada beli juga hat murah je RM10..ok la,membantu juga..

    ReplyDelete
  3. Betul, ada tripod memang menyenangkan kerja nakk bergambor! Tak payahhh suruh orang lain tolong ambikkan, pacak je tripod then set timer. Mudahhh hehehe

    ReplyDelete
  4. Kecik molek tripod tu .lepas ni senang la nk ootd sendirian

    ReplyDelete
  5. Senang ada assistant tripod tak payah nak susahkan orang ambil gambar. Nak posing banyak mana pun dia tak penat. hihi

    ReplyDelete
  6. wah... hebat. cikmat beli phone dapat stand tripod ni. tapi tak canggih sangat la. xde bluetooth bagai.

    makin galak bergambar la u nanti

    ReplyDelete
  7. patotnyaaa sebelom raya beli benda alah ni.. sebab nampak orang ramai beli benda ni.haha nak jugak sebenarnya. xD

    ReplyDelete
  8. Betul kalau ramai org nk berOOTD pun susah dan segan sbb org tgk heheh

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!