salam aidiladha 2021

assalamualaikum

harapnya ni adalah raya PKP kita yang terakhir.. letih la raya macam ni.. hilang kemeriahan lepas tu paling sadis tak boleh berkumpul adik beradik dan saudara mara.. nangis bucu katil.. walaupon raya PKP tapi baju raya aku satu family tetap onz.. biar anak anak kita merasa raya tu kena pakai baju cantik cantik.. tetap sambut walau macam mana sekali pon.. 😊

tema : dusty orange
baju tiga beranak dari koleksi hasnuri je.. hehe
sendiri jual sendiri beli sendiri pakai..

sebenarnya baju tiga beranak ni dah lama beli.. kononnya nak pakai masa majlis nikah sepupu aku lepas raya puasa itu hari tapi tak jadi sebab lockdown kan.. sebarang majlis tidak dibenarkan.. makanya berhuhu la aku yang rindukan nasi minyak orang kawen ni.. tapi takpe, boleh pakai baju ni untuk raya haji.. orang lain kelam kabut cari baju raya, aku masih mampu bertenang.. kehkehkeh

dia ni memang tak bagi chance langsung mommy nk posing sorang sorang

sebab gambar ni comel.. 😍

menu raya kitorang simple je iaitu bihun goreng.. haha.. sebabnya tak sempat nak beli barang barang untuk raya.. tak merasa la makan ketupat rendang bagai.. nasib baik ada bihun.. boleh jugak makan di pagi raya yang sendu.. syukurla nak oi dari tak boleh makan langsung.. 😁

nak cerita banyak banyak pasal raya pon takde yang menarik.. raya kat rumah je apa je yang menarik selain daripada bergambar sampai bateri handphone low.. 😆 so raya korang macam mana? sendu ke sepi bagai angin lalu?

salam aidiladha.. 💖

bye!
xoxo

10 comments:

  1. Salam aidil adha, cantik gambar famili

    ReplyDelete
  2. Salam aidil adha buat akak dan keluarga! Cantikkk bajunya :)

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya Aidiladha Ezy sekeluarga. Harapnya begitulah. Tahun depan boleh raya dengan meriah. Comel Sofea posing eh. Rezeki lah dapat paaki baju buat raya haji kan. Terang warnanya sedondon semua. Bihun goreng pun okay je. Asalkan juadah ada dipagi raya. Tak posing sangat tahun ni. huhu

    ReplyDelete
  4. salam aidil adha
    masih dlm mood beraya ke tu?

    ReplyDelete
  5. Wow..tak pernah pakai tema warna ni.. Cantik gak..design baju tu cantik ...

    Salam Aidiladha. Raya saya biasa aje.
    Tak gigih nak pakai baju raya dan bergambar..HAHHA

    ReplyDelete
  6. Meriahnya baju raya walaupun xdpt berayakan janji ada kenangan huhu

    ReplyDelete
  7. Nmpk sangat lama aku xbuka blog...
    Takde dh ucapan raya.
    Ucapan : cantek baju awak sekeluarga

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!