first dose vaksin sinovac

assalamualaikum

dalam pada sibuk check tarikh setiap hari kat mysejahtera, akhirnya dapat jugak tarikh untuk divaksin.. bukan melalui mysejahtera tapi melalui PPD.. excited je aku nak pergi vaksin.. lepas dapat call dari pihak sekolah, otak ni dah bekerja fikir nak pakai baju apa.. pakai tudung apa.. kena mekap ke tak.. elok ke tak muka aku ni.. nampak gemok ke.. haha.. melampau bukan? 😎

kebetulan suami aku tak masuk kerja lagi, aku gunakan dia untuk bawak aku ke tempat vaksin.. dalam pukul 8AM dah gerak dari rumah.. sampai tempat vaksin kena ambil kupon dulu dari guard.. lepas tu melangut tunggu sebabnya dapat masuk ke PPV ikut masa kupon tu.. nasib baik jumpa geng sekolah lama dulu boleh la berborak sekadar mengisi masa lapang..

sampai tempat vaksin pukul 9AM lepastu kena tunggu sampai pukul10.30AM baru dapat masuk.. kau rasa? mujur tahap kesabaran aku tinggi.. tapi sebenarnya tak rasa nak marah pon lebih kepada excited nak divaksin je.. kehkehkeh

masa yang ditunggu dah tiba, ayuh kita berjuang! eh tiberr.. mula mula rasa berdebar jugak.. lepas tu okay je sebab nurse yang check tekanan darah aku tu cakap aku ni nampak muda.. tak percaya umur aku dah 36tahun.. tersipu malu aku di situ.. kahkahkah.. dah settle segala mak nenek zupzapzupzap lepas vaksin rehat 15minit lepas tu check tekanan darah lagi sekali.. siap! boleh dah ambil gambar kecekak kecekak sambil pegang kertas yang ditulis "SAYA TELAH DIVAKSIN".. 😁

sebelum ni tengok gambar orang lain je.. sekarang aku pon hado.. haha

aku dapat vaksin sinovac.. semua vaksin okay je takde masalah yang penting aku nak divaksin.. dapat tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat malaysia pon rasa syukur dah.. lindungi diri, lindungi keluarga.. haa gittew!

side effect lepas vaksin sinovac dos pertama? AUTO JELITA! kahkahkah.. ok gurau.. alhamdulillah takde apa apa effect yang merisaukan.. semuanya baik baik je.. jangan takut untuk divaksin okay! 😊 untuk dos kedua aku dapat tarikh 24 Julai 2021.. nanti aku update..

bye!
xoxo

9 comments:

  1. wahhh tahniah. eh dduk setiu ke. sy pon org setiu. sungai tong. rindu nya nk blik kg

    ReplyDelete
  2. wahh tahniah. eh orang setiu ke? sy pon org setiu. sungai tong. rindu nya nak balik kg

    ReplyDelete
  3. kamu memang selalu jelita dan awek muda. wahh.. dah siap 1st dose

    ReplyDelete
  4. alhamdulilah dapat jugak akhirnya ya..sy xdapat lagi ni. tertunggu tunggu jugak ni. wuu

    auto jelita gittuw xD

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah dah setel satu dos, tak lama dah tuuu second dos. Semoga dipermudahkan segala urusan!
    Hahaha auto jelita ye lepas cucuk :P

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah. over thinking sangat tu Ezy. hihi..kalah prepare nak pergi dinner. Untung ada orang puji muda remaja gitu. Auto jelita terus ye dapat vaksin :)

    Semoga dipermudahkan untuk 2nd dose nanti.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah semoga baik2 saja. Parents pun dh selesai 2nd dose sinovac

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah tahniah..shida masih mnggu giliran ezy..xtahu bila nk dpt nih..

    ReplyDelete
  9. tahniah ezy.
    sama la kita ke arah membentuk herd immunity.
    aida da complete 2 dos alhamdulillah.

    auto jelita? terbaik la ha ha ha ah ha :)
    so lagi few days complete la ezy 2 dos.
    semoga semua dipermudahkan ye.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!