majlis yang tertangguh dan agak hambar

assalamualaikum

kau jangan main main, punya lama tak update blog sekali cerita tahun lepas pon aku nak update.. haha.. ok macam ni, majlis ni sepatutnya berlangsung pada bulan november tahun lepas tapi disebabkan covid lepas tu terengganu kena PKPB lepas tu PKP balik makanya majlis ni tertangguh agak lama.. awal tahun ni terengganu dah masuk fasa PKPP dan majlis macam ni dibenarkan dengan mematuhi SOP yang ditetapkan jadi berlangsung la majlis yang sepatutnya agak gah di mata aku tapi hambar.. kehkehkeh..

bertemakan purple dan white majlis ni hanya diadakan di kantin sekolah je.. ok la aku terima dengan hati terbuka.. kantin pon kantin la janji cabutan bertuah tu ada dan boleh makan kenyang kenyang.. eh lupa majlis ni buat bulan januari itu hari.. ke februari? entah la aku pon dah lupa.. 😅

disebabkan majlis pon hambar takde nya aku nak bergambar sakan.. ada la seketul dua untuk tatapan masa depan.. tunjuk kat cucu cicit ni la nenek zaman muda muda.. masa tu tengah berperang dengan virus covid.. haa gittew.. menu hari tu pon tak meriah sangat.. ada nasi putih lauk pauk kuih muih sikit lepas tu ada la kambing golek sekor.. aku makan jugak si kambing tu esoknya terus demam.. dah tau tak boleh makan beriya jugak nak rasa kan dah mendapat..

cabutan bertuah aku dapat bagasi besar gabak ni.. nak marah jugak la sebab musim musim covid nak travel ke mana.. nak rentas daerah pon tak boleh lagi kan nak merentas negara.. nasib baik tak bakar je bagasi tu.. haha.. eh tak tak.. kakak gurau je jangan la serius sangat..

walaupon tengah marah dengan bagasi tu tapi tetap nak posing dengan dia kannn..

outfit aku itu hari simple je tapi menepati tema purple white.. yela nak dress up beriya sangat bukan makan kat hotel pon weh.. kantin sekolah je pon! halah halah.. ok blouse tu aku beli kat kiosk dalam giant je.. begitu jugak dengan skirt berbunga bunga tu.. pon kat kiosk dalam giant.. boleh je aku taip blouse dan skirt beli kat kiosk dalam giant tapi saja nak panjangkan ayat.. biar letih sikit korang baca.. 😆 tudung dan kasut aku pakai mana ada je.. eh kasut tu dah buang sebab rosak.. kasut murah memang camtu kan.. cepat rosak.. 😅

itu jela story aku kali ni.. nanti aku up lagi story yang lama lama.. haha

bye!
xoxo

5 comments:

  1. wow, yang penting ada gaya tu sis. hehe

    ReplyDelete
  2. Ok what ezy dpt bag bagasi tu..heheee jgn marah2 hahaa ^_^

    ReplyDelete
  3. CIK EZYYYY...eca kenal lagi la.hehehe
    walaupun lama xblogging, selalu ja bw tanpa jejak. hahaha!
    btw, apalah bagi hadiah cmtu musim2 covid ne. sempat rosak dalam simpanan tunggu gov bg kita rentas negeri..

    ReplyDelete
  4. ltk sofea dlm bagasi. hahaha.. jadikan kolam mainan.hehehe.
    awok bertuah sokmo. ada je dpt hadiah ms cabutan bertuah.hehehe

    ReplyDelete
  5. Majlis hambar tapi dapata hadiah luggage besar gedabak tu kira happy lah jugak kan. Boleh simpan untuk next travel lepas covid berakhir nanti.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!