manisnya aiskrim semanis wajahku

assalamualaikum

harap korang gembira je dengan tajuk entry ni sebab aku sememangnya berwajah manis dan cantik.. haha.. perasan! nak story pasal aiskrim je pon.. mokti's aiskrim memang ramai yang tau.. ramai jugak yang dah merasa kesedapan aiskrim tersebut.. tapi aku je ketinggalan bas.. baru terhegeh hegeh nak merasa.. hikhikhik.. biasala dah tua tua baru pandai makan aiskrim hipsturrrrrr..


paksa suami pegi beli aiskrim mokti's ni.. dengan rela hati walaupon secara terpaksa berjuang la suami demi mendapatkan aiskrim idaman si isteri.. setelah 15 minit berlalu, pulangla si suami dengan dua bekas aiskrim gula apong.. maka berwajah manis la si isteri dapat merasa aiskrim hipstur idaman hati.. kehkehkeh.. 

satu bekas RM13 kot.. lupa dah harga.. lebih kurang harga si bubble bee jugak.. 😄 berbaloi ke tak dengan harga tu? bagi aku berbaloi je.. kalau rasa tak berbaloi nak aiskrim murah buat sendiri jela noks.. haha.. rasa aiskrim ni agak terlalu manis bagi tekak aku yang tak berapa suka manis ni.. mungkin rasa gula apong tu kot.. yang pasti memang sedap! korang boleh la try jugak..

nasib baik kedai aiskrim mokti's ni sekangkang kera je jaraknya dari rumah aku.. tak la rasa bersalah sangat paksa suami pegi beli.. 😆 tu jela nak story..

bye!
xoxo

9 comments:

  1. kecik comel je dik oi rm13, tapi dah teringin kan beli jelah... dari teringat-ingat kan.

    ReplyDelete
  2. ice cream gula apong ada tgk juga tp tk pernh try lg

    ReplyDelete
  3. Cik Ezy... Walaupun CikHani bekerja dari rumah. Baru hari ni sempat blogwalking ke sini.. Sedapnya ais krim. Kat sini viral, asyik kena beratur panjang nk beli aiskrim gula apong. Sedar2 dah PKP,xleh mkn langsung.hehehe

    ReplyDelete
  4. bukan main lagi tajuk dia.hahahahha tp nampak menarik la aiskrim nii :)

    ReplyDelete
  5. tajuk taknak kalah. Wajah manis tu ye. Bestnya lah kalau dekat boleh juga merasa ice cream gula apong.

    ReplyDelete
  6. Nampak mengancam.. sini pun baru buka satu cawangannya.. Tak pergi lagi..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!