menu iftar untuk puasa ganti plus puasa sunat syawal

assalamualaikum

alhamdulillah.. hari ni dah selesai puasa ganti plus puasa sunat syawal.. so esok aku boleh raya lagi la kan? dah fikir menu.. maybe buat nasi kuning makan dengan ayam masak merah.. sedapnya.. 😋

kali ni aku nak share menu berbuka puasa aku selama enam hari.. sebelum ni ada share jugak menu untuk iftar tapi sempat share minggu pertama puasa je lepas tu aku ke laut dalam tak timbul timbul.. haha.. puasa enam hari ni pon aku buat intermittent fasting 23 jam dan jugak 24 jam.. sahur air masak je tu pon letak siap siap dalam bilik.. pukul lima pagi bangun teguk air masak lepas tu sambung tidur balik.. buruk betul perangai.. 😂

hari pertama : mee fatboi goreng dan mangga float letak aiskrim vanilla

hari kedua : wrap telur, latte dan anggur.. tu buah anggur yang lama sangat duk dalam peti ais dah rupa buah kurma aku tengok.. 😆

hari ketiga : sandwich ayam, sky juice dan strawberry

ni rupa sandwich ayam dari tepi.. tebal la jugak dah macam burger.. haha

hari keempat : creamy pasta, ayam bakar dan smoothie strawberry

hari kelima : mee goreng, sky juice dan oren

hari keenam : mee sup, pengat pisang dan susu pisang
last day kan spesel sikit ada dessert gitteww.. haha.. bukan aku yang masak pon, mak sedara aku yang bagi.. rezeki alhamdulillah.. hehe

kalau tengok menu menu aku memang takde nasi.. sejak diet aku jarang sangat makan nasi.. memang nasi tak salah, tapi aku risau kalau aku makan nasi jadi bertambah tambah nasi tu nak lagi kalau lauk tu sedap.. orang cakap mencegah lebih baik kan.. tu pasal aku tak makan nasi.. jangan kecam eh? 😜

rajin pulak aku update blog tiap tiap malam.. hehe.. semoga semangat berblogging ni kembali membara dalam diri aku..

bye!
xoxo

9 comments:

  1. wahh.. kreatifnya. menu nampak menyelerakan

    ReplyDelete
  2. Ya Allah, terus jadi lapar tengok menu iftar tu. Semua nampak sedap!

    ReplyDelete
  3. wahhhh rajinnyaa masak. sedap2 je menu iftar untuk ganti puasa ni. yang penting menyihatkan :)

    ReplyDelete
  4. Sedap2 menu nya. Nak makan nasi pun jemu jgk.

    ReplyDelete
  5. Menu ni semua nampak sedap!!! Cik TK pun kalau boleh nak elak nasi. Tapi apakan daya, bila semua jenis makan nasi, lepas masak malas nak fikir untuk masak benda lain maka join je la makan nasi sekali... 😅

    ReplyDelete
  6. ampun sedapnya menu dia.
    eca skrg bru nak ganti puasa + puasa 6. nak kena habiskan dipenghujung syawal ne. tgh fikir nak makan apa berbuka nnti. tgk menu cik ezy terus rasa nak makan sandwich dgn spagheti

    ReplyDelete
  7. Sedap menu sihat untuk berbuka. Kalau tak cakap anggur tu dah ingat kurma dah tadi.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!