happy 8th anniversary!

assalamualaikum

alhamdulillah.. tahun ni dah masuk tahun ke lapan hidup berumahtangga.. empat tahun hidup berdua sebelum kehadiran sofia.. letih nak menjawab isu bila nak ada isi.. bila lahir seketul sofia ditanya pulak bila nak bagi adik kat sofia.. usah ditanya la soalan soalan macam tu.. doa yang baik baik jela.. kita tak tahu kehidupan orang macam mana.. lebih baik diam dan buat hal masing masing.. 😉

suami aku bukan jenis lelaki yang romantik.. bila tiba hari istimewa berangan jela nak dapat suprise dari dia.. kadang hati teringin nak suami romantik macam dalam novel tapi cepat cepat ucap syukur dengan apa yang ada.. walaupon tak romantik tapi tak pela asalkan dia sayang isteri dia ni.. haha.. sempena anniversary kitorang 8/6/2021 dapat la aku seketul kek dari secret recipe.. syukur alhamdulillah dengan rezeki yang Allah SWT berikan..

aku cakap nak kek lain dari yang lain tapi dapat yang ni.. tak tahu la nak nangis ke nak gelak..

nah seketul gambar kawen kitorang.. hehe..
saja pilih tema hitam konon nak bagi nampak aku slim tapi nan hado.. tetap berlengan sado macam tu..
terima kasih la encik suami kerana memilih saya yang sado ni.. 😆

kira gambar paling romantik la ni.. nasib baik anak bagi peluang.. boleh la gambar berdua..
daripada sado ke kurus sikit encik suami masih setia di sisi.. kehkehkeh.. sweet tak? sweet tak? 😶

alhamdulillah.. lapan tahun bukan la jangka masa yang boleh dianggap veteran.. masih lagi setahun jagung.. syukur masih lagi bertahan.. dalam masa lapan tahun macam macam jadi kita boleh hadap bersama.. gaduh gaduh tu normal la ye.. kalau tak gaduh tak meriah rumahtangga.. 😁

aku tak reti nak karang ayat manis manis cukupla wajah aku yang manis ni untuk tatapan encik suami.. kahkahkah.. happy anniversary untuk kitorang!

bye!
xoxo

9 comments:

  1. happy anniversary..smoga bahagia smp akhir hayat

    ReplyDelete
  2. happy anniversary cikezy dan suami.
    :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah . Happy anniversary sis dan suami . Semoga rumah tangga yg terbina bahagia sampai bila2

    ReplyDelete
  4. Happy anniversary to both of you. Selamat menempuh lebih banyak tahun-tahun yang indah.

    ReplyDelete
  5. Haha nape sy nak trgelak nii sis.. sbb laki sy ponn cm tuu. Hahahahah yang penting masa anniversary mmg xdpt pape pon 😆 dia selalu tolong kat rumah ponn dag bsuyukur sgt 😅

    Apa apa pon happy anniversary yaaa 😉 moga ikatan kekal hingga ke jannah 🥰

    ReplyDelete
  6. Happy Anibersery Ezy dan CikMang.. Sweet Couple always.. Semoga rumahtangga bahagia selalu.

    P/S :I 8 tahun jugak, tapi xde seketul sofia lagi. hehehe. lg la nk menjawab.. thanks 4tahun pertama sama2 TTC dgn i.. Huhuhuh

    ReplyDelete
  7. Happy 8th years wedding anniversary Ezy dan husband. Semoga bahagia sampai syurga. Aaminn..

    saya pun letih nak menjawab soalan tersebut. huhu

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!