dos kedua vaksin pfizer untuk umi

assalamualaikum

untuk first dose vaksin umi aku dah cerita, 27hb 6 baru ni umi dapat untuk second dose pulak.. macam biasa suami aku yang uruskan umi untuk divaksin.. pagi pagi dah gerak ke tempat vaksin.. untuk dos kedua ni aku pulak rasa berdebar sebab orang cakap dos kedua lain macam.. bukan apa cuma risau umi demam je lepas vaksin.. 😅

*pic from google

kali ni nak cucuk umi cakap tak tunggu lama macam dos pertama dulu.. lebih kurang setengah jam je berurusan kat pusat vaksin tu.. alhamdulillah.. dah selesai vaksin untuk umi.. dan aku masih lagi menunggu untuk divaksin.. jeles pulak tengok orang dah vaksin aku masih lagi terkebil kebil menanti.. haha.. hari hari check mysejahtera.. takut terlepas tarikh tapi lepas check nangis bucu katil.. 😆

lepas tiga hari divaksin umi takde demam.. cuma lenguh tangan tempat kena cucuk tu je.. itu hari lenguh jugak tapi kali ni rasa lenguh tu lama sikit umi bagitau.. nak kata demam tak nampak macam demam tapi ada la sikit tak sedap badan.. itu jela lain lain alhamdulillah takde apa apa yang merisaukan.. so dah completed vaccine umi.. boleh tersenyum lega.. 😊

doakan semuanya baik baik je ye.. insyaAllah malaysia akan bebas covid tak lama lagi.. aamiin..

bye!
xoxo

7 comments:

  1. alhamdulillah dah complete , semoga kita semua sentiasa di dalam perlindungan Allah swt.. aamiin

    ReplyDelete
  2. sama dgn mak mentua aku.. lenguh2 kat lengan yang kena cucuk. seminggu jugak lenguhnya. alhamdulillah ok dah. xdemam pun dah syukur sangat. risau kalau collapsed. dah setel vaksin orang tua lega la sikit.

    Kita berusaha je. Iktiar.
    Sakit, kematian sume keje Tuhan.
    Kira ni pencegahan je, insyaAllah kerajaan pun nak buat yang terbaik untuk rakyat

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah selesai vaksin. Parents dpt sinovac utk kedua2 dos

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah selesai dah 2 dose. Sama lah kita terkebil kebil menunggu.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. selesai dah umi sis ye..
    samalah kita, hari2 check mysejahtera.. huhuhu..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!