resepi : butter chicken

assalamualaikum

pertama kali try buat butter chicken, alhamdulillah sangat sedap.. rupanya aku ni pandai jugak masak.. dah la cantik.. sopan santun.. eh terpuji diri sendiri pulak.. kehkehkeh.. aku save sini resepi butter chicken untuk rujukan akan datang.. aku kan terer sangat memasak.. tiap kali nak masak tiap kali tu la aku rujuk resepi.. 😅

menawan kalbu betol la butter chicken ni.. tetiba perot rasa lapar.. 😋

bahan bahan
ayam setengah ekor dipotong kecik kecik
daun kari agak agak boleh je
bawang putih 2 ulas *dicincang
bawang merah kecik 2 labu *dicincang
cili kecik agak agak je tahap kepedasan
butter 2 sudu besar
susu cair setengah tin

1. ayam dicelup tepung.. nak senang guna tepung bestari je.. lepas tu goreng ayam sampai masak
2. cairkan butter.. tumis bawang bawang tadi bersama daun kari dan cili..
3. agak agak dah layu dan naik bau masukkan susu cair.. tambah garam sikit..
4. masukkan ayam yang telah digoreng tadi..
5. gaul sebati sampai masak.. siap untuk dihidang!

aku punya butter chicken tu kan tak letak cili sebab cili takde.. bila takde cili tak pedas la rasanya.. bila tak pedas agak muak sikit nak makan tapi sebab aku masak sedap sangat, butter chicken aku licin.. habis dimakan seluruh isi rumah.. 😆

bye!
xoxo

7 comments:

  1. Yummm yumm! Nampak menyelerakan sangat!

    ReplyDelete
  2. Lama tak masak terus teringin heheh

    ReplyDelete
  3. Esok nak masak ni laa. Bahan pon ada ..selalu takde idea nak masak apa 😅

    ReplyDelete
  4. sedap ni.. lama plak tak masak lauk ni.

    ReplyDelete
  5. Melambung lambung pujian ni. Okaylah puji diri sendiri. Siapa lagi nak puji diri sendiri kan. Sedap nampak buttermilk chicken Ezy masak

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!