terharu sampai menangis ni..

assalamualaikum

semalam birthday aku yang ke 34 tahun (baca remaja purba).. dan ada kisah menarik terjadi semalam.. jarang jarang aku dapat suprise masa birthday.. suami aku pon takde nak suprise aku macam ni.. 😂 sebelum aku cerita lebih lanjut, elokla aku perkenalkan kat korang watak utama dalam cerita ni supaya korang tak confius..

yang pakai spek tu namanya yana.. yang sorang lagi tu tudung kuning namanya kak yana..
ye dua dua ni bernama yana..
dan aku kat depan tu mangsa keadaan.. haha

kisahnya macam ni.. aku macam biasa duk kat bilik aku sementara tu kak yana tengah mengajar dalam makmal.. sesambil tu aku berwhatsapp dengan adik aku.. ada sesi luahan perasaan sikit dengan adik aku.. aku ni hati tisu, sambil luah perasaan pon boleh berair mata.. tengah syok duk menangis sorang sorang, si yana tu masuk bilik aku.. gelabah aku lap air mata.. dia cakap nak pegi toilet kejap.. aku pon sambung sesi luahan perasaan balik..

tak lama lepas tu si yana lalu je depan bilik aku tak singgah.. kelam kabut budak tu macam ada hal je.. aku tak amek port la pulak.. teruskan luahan perasaan lagi.. tiba tiba pintu kat sebelah meja aku terbukak tengok tengok si yana pegang kek dan kak yana pulak pasang lagu happy birthday..

wehhh terkejut aku wehhh sampai menangis la sekali lagi.. ni menangis happy ni.. nasib baik tak gugur jantung aku.. 😆 dah la kak yana pasang lagu happy birthday tu kuat kuat sampai budak budak kat kelas depan tu semua tengok kitorang.. malu weh.. 😂😂

ni kak yana punya kerja disuruhnya tulis "ruhi kurus"
harap betul betul kurus la aku nanti.. haha

terharu dapat kek sampai mata pon tak berapa nak bukak..

tahun lepas dapat jugak kejutan tapi takde pulak terkejut sampai menangis.. ni pertama kali dalam hidup aku dapat suprise rupa gini.. dah selesai bab menangis, potong kek lepas tu si yana hulur hadiah.. terharu lagi sekali.. kak yana dah hulur hadiah sehari sebelum birthday aku.. 😁

happy sangat semalam sampai aku tak tau nak cakap macam mana.. ya Allah.. bersyukur sangat sangat aku dapat kawan kawan yang baik.. aku rasa sangat sangat dihargai walaupon aku ni seorang pembantu makmal dan diorang cikgu.. pangkat kita tak sama tapi diorang boleh hargai aku sampai macam ni.. wehhh terharu sampai tak terkata.. 😭😭😭😭

thank you so much yana and kak yana.. thank you for everything! love uolsssss~ 😘

nanti hadiah birthday aku cerita kat entry lain.. ni namanya taktik untuk banyakkan entry kat blog.. dan taktik untuk blog sentiasa diupdate.. 😂😆

bye!
xoxo

6 comments:

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!