resepi : grilled chicken mudah dan roti gulung pisang

assalamualaikum

ni menu yang cukup mudah untuk disediakan.. sesuai untuk wanita bekerjaya yang sibuk tapi tak berapa sibuk macam aku ni.. aku share sini untuk tatapan masa depan.. agak agak terlupa boleh tengok sini balik.. selalu kacang je lupakan kulit, manusia pon kadang kadang boleh lupa resepi mudah macam ni.. 😁

RESEPI GRILLED CHICKEN MUDAH

bahan bahan :
rempah hexa 4 in 1 (american BBQ & steak seasoning)
isi ayam
brokoli

cara cara
1. perap isi ayam dengan rempah hexa 4 in 1.. lagi lama perap lagi sedap.. terpulang kat korang la nak letak isi ayam banyak mana.. aku masak untuk sorang makan je ni..
2. panaskan sedikit minyak bunga matahari.. grilled ayam macam biasa.. aku guna kuali biasa je sebab takde kuali khas untuk grill grill segala macam ni.. hee.. tutup kuali supaya ayam tak kering..
3. masukkan brokoli dan tunggu sehingga masak.. jangan terlebih masak pulak brokoli tu nanti tak sedap..
4. grilled chicken mudah is doneeee~

ni rempah 4 in 1 yang aku guna tu ye..
*pic from google

RESEPI ROTI GULUNG PISANG

bahan bahan
roti wholemeal
pisang
peanut butter

cara cara
1. sapukan peanut butter pada roti
2. letak sebijik pisang dan gulung
3. roti gulung pisang is doneeee~

ni peanut butter yang aku guna.. versi diet gittewww
*pic from google

presentation taknak kalah.. macam nak tunjuk kat chef.. 😆
letak la salad sikit sebagai penyeri hidangan.. walaupon simple tapi sedap yang amat.. dan paling penting ni menu sihat.. 💓

bye!
xoxo

10 comments:

  1. wahhh menarik menu... akak dah lama nk beli rempah 4 sekawan tuh tp kadang tgk harga tak jadi... tp kalau lalu mesti belek lama2

    ReplyDelete
  2. Rajinnya sis.. bagus..
    Selamat berdiet dan bertambah sihat sis..
    kami dah stop eat clean.. hahaha..
    Eh puasa sunat pun dah sebulan stop. hahaha

    ReplyDelete
  3. sedapnya! suka menu simple macam ni yang memang sesuai sangat untuk diet.

    ReplyDelete
  4. Thanks for the resepi. Rempah atas tu ada juga nmpk chef raffi pakai tp tak beli beli, konon nak cuba haha

    ReplyDelete
  5. ehh creative nye menu.. selamat menjamu selera.. done follow sini yang ke #883 jemput singgah ke blog saya juga ya. terima kasih..

    ReplyDelete
  6. boleh try roti gulung pisang tu.. mesti anak2 bangga ngan ammi dia kalau ammi buat roti ni ahhahaha...

    ReplyDelete
  7. Uuu sedap ni... menu simple dan sihat. 😋

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!