suami aku dapat panggilan temuduga untuk jawatan site supervisor kat paka.. paka tu agak jauh dari rumah, jadi tak sanggup nak biarkan dia pegi interview naik moto je.. kesian pulak.. aku apply cuti hari khamis untuk temankan dia ke tempat interview tu.. sweet tak aku? 😙
gerak dari rumah dalam pukul 11.00 pagi, sampai sana lebih kurang pukul 1 petang.. pusing pusing cari office tapi tak jumpa pulak.. suami aku call orang yang in charge interview tu, dia cakap jumpa kat KFC je..
interview secara santai kat KFC.. 😆
kisahnya office diorang kat shah alam sana, kat paka ni site je tu pasal interview pon kat KFC je.. ok la tu, nasib baik tak interview kat tepi jalan je.. ekeke.. bukan main suami aku bawak baju kemeja bagai ingatkan nak interview kat office yang berhawa dingin.. 😂 aku tunggu dalam kereta jela, takkan nak teman dia sampai ke dalam kot..
settle interview tengok jam macam awal lagi nak balik, lagipon tak berbaloi la datang dari jauh tak bersiar siar kan.. jadi kitorang gerak ke mesra mall jela.. nak gerak ke kuantan jauh sangat tu.. hee.. pegi mesra mall just cuci mata je maklomla tak gaji lagi kan.. nafsu shopping terpaksa tahan dulu.. kitorang lunch je kat sana.. 😁
bersiar siar di dalam mall..
perut kenyang lepas tu dah habis kedai kitorang jelajah, gerak balik rumah jela.. lagi pulak umi aku dah tak larat nak berjalan.. 😄 nak tengok wayang macam tak kesampaian je maklomla sekarang sofia dalam fasa tak duduk diam.. risau dalam panggung nanti dia kacau orang lain nak tengok wayang.. 😅
semoga dipermudahkan urusan suami aku dalam mencari rezeki.. nanti kalau dapat kerja ni terpaksa PJJ jela aku dengan suami buat sementara waktu.. takpe la.. berkorban demi sesuap nasi.. hehek..
bye!
xoxo
In Shaa Allah, moga berjaya ye.
ReplyDeletesemoga berjaya
ReplyDeletesemoga murah rezeki keluarga akak ^^
ReplyDeleteSemoga ada rezeki dapat kerja baru. Aaminn
ReplyDeleteBestnya interview sambil makan
ReplyDeletebaru baca kesah ni. semoga cik man dpt kerja ni. PJJ Paka-KT. Seminggu atau 2 minggu sekali boleh balik jumpa mommy dan pia
ReplyDeleteInsya-Allah, moga dipermudahkan urusan mencari kerja buat suami Ezy.
ReplyDelete