shopping di kedai eco

assalamualaikum

ni cerita hari khamis lepas, bila dah dapat rempah ratus yang aku order kat shopee tu laju laju ajak suami ke kedai eco.. masa tu dah petang sangat tapi gigih jugak nak pegi cari bekas untuk letak rempah ratus.. 😆 nasib baik dapat suami yang memahami, ikot je kehendak isteri yang tak reti menyabar ni.. ekeke

kedai eco kedai kegemaran ramai
kalau nampak kedai ni, sofia cakap ni kedai mommy.. 😂
yela anak pon faham mommy suka kedai ni..

gigih la budak kecik ni heret bakul.. 😪

disebabkan keadaan kewangan tak mengizinkan, takde la aku memborong sakan sampai penuh satu bakul.. mungkin jugak saka kedai ni tak ikot masuk sekali dengan aku.. dapat la elak dari beli barang yang bukan bukan.. kehkehkeh.. umi aku pulak beli botol untuk isi air masak je.. nak letak dalam peti ais katanya.. botol lama nak buang..

tadaaaa~ hasil tangkapan..

botol rempah tu plastik je senang sikit kalau terjatuh takde la pecah berderai.. ok la kot setakat nak letak rempah empat jenis.. 😄 sebenarnya kecomelan bekas tu menarik minat aku untuk beli.. ala dah comel sape tak tertarik.. ye tak? hee.. klip kertas tu aku beli untuk jadikan penanda buku.. sebab comel jugak la aku beli.. 😂😂😂

nanti kalau ada rumah sendiri lagi syok shopping benda benda macam gini.. *berangan jap..

bye!
xoxo

8 comments:

  1. sini takde kedai eco dkt rumah. tapi ada kedai rm2 brand lain. mat sokmo perli aku. kalau jumpa kedai eco, kena sawan. nak jugak masuk wpun skjp

    ReplyDelete
  2. hahaha sama la kita suka beli balang comel tu sampai dah banyak pastu stop. Bila pergi kedai eco ni tahan hati je nak beli lagi

    ReplyDelete
  3. masuk kedai bersaka ni kalau boleh kene pasang Waze. takut tersesat gi lorong lain nanti hahah

    ReplyDelete
  4. kedai eco ni bahaya masuk.. nanti semua nak belu

    ReplyDelete
  5. comei bekas rempahnya tuh... dh masuk eco mmg mcm lah yg nk dibeli nya... mau tak muat sebakul

    ReplyDelete
  6. comel bekas rempah ratus. seragam cantik nanti

    ReplyDelete
  7. Wah menarik.. ma x Penh smpai LG kedai eko

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!