shopping rempah ratus kat shopee

assalamualaikum

sebelum pelbagai persoalan berlegar legar di kepala korang pasal rempah ratus pon nak shopping kat shopee macam la kedai runcit takde, meh aku explain dulu.. rempah ratus jenama hexa ni payah sangat nak jumpa kat kawasan rumah aku, jadi amek jalan mudah klik klik di shopee je.. duit pon melayang.. 😆

jenama lain ada je tapi mahal sikit bagi aku berbanding dengan jenama hexa.. lagi satu banyak pilihan yang ada sampai rambang mata jugak aku nak membeli.. nasib baik dah baca ayat pendinding siap siap, takde la terbeli benda benda yang tak sepatutnya.. kikiki..


ok ni bukan paid review ke hape benda iklan ke, ni saja saja aku share dengan korang.. mana tau korang pon nak memborong rempah ratus jugak.. boleh la terjah kedai ni.. servis pon ok, barang dapat cantik je keadaannya takde pecah takde rosak.. sharing is caring haaa gittewww.. 😁

kisahnya nak beli oregano je tapi tersangkut sekali dengan yang lain.. tapi takpe, berbaloi beli semua ni.. kalau nak perap ayam ke, nak masak pasta ke semua dah ada.. 😊
HEXA HALAL American BBQ & Steak Seasoning (4in1) 85g - RM11.30
HEXA HALAL Italian Herbs Series (4in1) 24g - RM14.50

HEXA HALAL Mixed Herbs 20g - RM3.20
HEXA HALAL All Spice Powder 25g - RM4.20
HEXA HALAL Garlic Powder 40g - RM3.70
HEXA HALAL Tandoori Powder 50g - RM3.70

yang ni aku dapat free.. boleh la buat ayam goreng berempah nanti.. 😋

aku check harga tadi dah tak sama dengan harga yang aku dapat.. aku borong masa sale itu hari.. jumlah semua sekali RM40.70 dan postage percuma sebab dah beli lebih dari RM40.. hehe..

dengan adanya rempah ratus bagai ni senang la aku nak masak bento lepas ni.. dalam kepala dah macam macam idea muncul.. kengkonon hari ni kerja nak bawak bekal ayam bakar perap dengan rempah baru beli tapi nan hado.. sudahnya aku bawak bekal lain sebab malas nak masak malam tadi.. 😂

untuk korang yang nak beli jugak, aku ucapkan selamat shopping! 💁

bye!
xoxo

6 comments:

  1. Wahh sha ry shopping rempah ratus dkt shopee mcm best ja haha

    ReplyDelete
  2. aku belie hexa 4 in 1 kat jusco eon. semata-mata nak bakar ayam rosemary.. haha.. lama betul nak habiskan. once habis, bekas dia boleh recycle letak benda lain yang dlm pek isian semual

    ReplyDelete
  3. belum pernah lagi beli online rempah ratus... terima kasihlah bagi idea.

    ReplyDelete
  4. Suka beli yang 4 in 1 tu. senang ada 4 herbs sekali

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!