wall decoration ala kadar

assalamualaikum

cuti sekolah ada la masa sikit nak mendeco workstation.. kali ni aku deco dinding sikit buang yang lama gantikan dengan yang baru.. aku banyak cari idea kat pinterest.. lepas tu buat sendiri ikot bajet yang ada..

ni gambar lama tahun lepas punya.. buku buku tu semua aku dah lama alih, langsir pon dah tukar.. cumanya nak tunjuk perkataan "preparation room" tu sebelum dimakeover.. hehe

tadaa~ dah siap makeover secara ala kadar.. ihiks
frame gambar beli kat kedai eco je.. lepas tu print je quote guna kertas A4..
dinding nampak kotor dah tak tau nak buat macam mana.. cover setakat mampu jela..

drawer besi dua ketul aku alihkan masuk dalam stor.. baru la tak semak mata memandang.. aku suka bilik ni lapang je tak banyak barang.. lagi senang nak buat kerja, nak bancuh larutan kimia, nak sediakan barang barang amali.. haa gittew..

disebabkan terlalu lama drawer kat situ, kena tempias hujan makanya ada la kesan karat kat jubin.. stress jugak tengok lantai tak bersih.. gigih jugak aku menyental lantai boleh sado lengan.. tak perlu pergi gym dah.. 😅

dasyat jugak kesan karat ni..

selepas disental.. haa nampak? baru la sedap mata memandang..

aku guna stain remover bau lavender ni je.. beli kat kedai eco..
harga murah tapi berbaloi!

walaupon tak la cantik mana hasil deco aku tu tapi aku suka je.. orang lain tak suka lantak la dia yang penting aku suka.. hidup ni bukan untuk orang lain.. jenuh la nak puaskan hati semua pihak.. eh tiberr! kehkehkeh.. bajet untuk hiasan dinding tak mahal mana pon.. bawah RM50 jeeee.. 😄

minggu depan minggu last cuti sekolah tak tau la sempat ke tidak nak mendeco makmal pulak.. huhu.. rasa macam sekejap je masa berlalu.. tup tup nak bukak sekolah dah.. pejam celik nak masuk tahun baru dah kita..

bye!
xoxo

11 comments:

  1. kreatif..cantik nampak dah plus pokok2 tu..good job!

    ReplyDelete
  2. wowww gigih tu sental karat2 ... berbaloi guna stain remover tu!!
    rajin n kreatif deco2 ni hehehe

    ReplyDelete
  3. rajin dan kreatif awok.. berseri2 makmal

    ReplyDelete
  4. Orang rajin dan kreatif punya kerja ni.

    ReplyDelete
  5. Cantik. Kemas. Yang penting sedap mata memandang

    ReplyDelete
  6. Orait dah tu, janji sedap mata sendiri memandang. Rajin sungguh tuan blog ni 👏🏻😎👍🏻

    ReplyDelete
  7. tak sangka produk tersebut power

    ReplyDelete
  8. Bagusnya awak. itu ruang awak, jadi biar sedap mata memandangkan. Tahniah

    ReplyDelete
  9. cantik dah teraputik...
    Power juga produk tu boleh hilangkan kesan tu.. Puas hati dapat sental..

    ReplyDelete
  10. Barulah berseri dan sedap mata memandang hari hari nak tengok kan. Kreatif². Bagus gak stain remover tu boleh tanggalkan kesan karat. Wangi pulak tu bau lavender. Usaha gigih puas hati hasilnya.

    ReplyDelete
  11. wow. terbaiknya cecair penyental eco tu.
    aida x pernah guna lagi.
    nanti nak cari. sebab memang ada karat degil kat tiles rumah.
    ada guna cecair yg viral kat fb.
    hu hu hu hu tak sebersih eco ni.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!