done booster!

assalamualaikum

bahu tempat cucuk ni terasa sakit lagi, tapi takde la teruk sangat.. aku kan manja sakit sikit suruh suami hantarkan pergi kerja.. konon lenguh tangan nak bawak kereta.. kehkehkeh.. ala dah kebetulan dia cuti, sekali sekala bermanja apa salahnya.. hari lain pandai pandai la bawak kereta sendiri.. 😅


dapat surat cinta daripada MySejahtera

bangun pagi nak mandi, tengok handphone terkejut dapat message daripada MySejahtera.. aku takde la mohon nak amek booster, tapi setuju je kalau orang nak bagi kan.. dapat temujanji 20/12/2021 kat klinik swasta.. kiranya aku pergi cucuk dalam keadaan bersedia tapi still rasa berdebar dan takut.. ramai orang cakap effect booster lain macam.. nasib baik tak bertukar jadi lobster.. 😆

seawal pukul 10 pagi aku dah gerak dari rumah walaupon appointment aku pukul 12 tengahari.. nampak sangat bersemangat bukan? dalam hati berdebar weh.. bagai nak gugur jantung.. sampai sampai je kat klinik tengok orang ramai.. rupanya yang datang walk in pon sekali kat situ.. membara jugak hati ni, yela kita datang dari jauh tiba tiba yang dapat appoinment kena tunggu sama macam yang walk in.. baik tak payah buat appointment macam ni.. fight pon tak menang jadi tunggu jela kat situ..

walaupon dalam keadaan tak puas hati, borang tetap kena isi.. ihiks

hampir dua jam menunggu akhirnya tiba giliran aku.. settle daftar semua terus masuk kat tempat cucuk.. cucuk sekejap je tak sampai 10 minit tapi azab betol masa menunggu tu.. memang sistem hancur betol la untuk pemberian vaksin ni.. sepatotnya kena bukak lagi satu kaunter khas untuk orang yang ada appointment.. tapi malas nak marah lama lama, vaksin pon dah dapat.. alhamdulillah..

gambar tak ready pon aku tetap nampak cantik.. 😊

apatah lagi dah ready macam ni lagila cantik.. kehkehkeh

setakat ni effect booster takde teruk.. alhamdulillah syukur sangat.. cumanya macam aku bagitau tadi bahu je sakit kat tempat cucuk tu.. masa dos kedua sinovac itu hari tempat cucuk bukan main menyucuk.. tapi yang booster ni bengkak je sikit.. lepas cucuk auto rasa lapar dan mengantuk.. petang semalam terasa lenguh lenguh badan sikit tapi hari ni dah okay.. harapnya tak demam tapi aku dah standby panadol.. 😅

untuk booster aku dapat vaksin pfizer.. jadinya secara rasmi aku bukan lagi dak dak sinovac.. dah kacuk dengan pfizer mungkin jadi warga sinozer? ataupon pfizvac? 😆

korang dah dapat appoinment untuk booster? kalau belum boleh je korang walk in kat mana mana klinik yang terpilih.. sama sama kita putuskan rangkaian covid 19.. usaha dah selebihnya tawakal kepada Allah SWT..

bye!
xoxo

12 comments:

  1. bestnya, akak masih menunggu lagi tak nampak bayang lagi

    ReplyDelete
  2. Belum dapat appointment lagi. Maybe sebab belum cukup tempoh 6 bulan (utk pfizer)

    Berdebar betul nak ambil booster. Sebab masa second dose demam teruk. Demam lenguh tak boleh bangun sampai esoknya. Sobs.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah ...
    Semoga dimudahkan urusan & tiada alahan.Ramai juga yang demam lepas booster ni.Semoga kita terhindar dari Covid

    ReplyDelete
  4. Tahniahhhhh . sy lum dpt tp t kne amek gk sbb sinovac.. hahaa

    ReplyDelete
  5. Geng lah kita! Mak aihhh lama betul menunggu sampai 2 jam tu. Jenuh lahaiii.

    ReplyDelete
  6. Geng lah kita! Mak aihhh lama betul menunggu sampai 2 jam tu. Jenuh lahaiii.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, selesai sudah dapat booster. Akak kena tunggu tempoh 6 bulan tu matang. Tahun depanlah jawabnya.

    ReplyDelete
  8. Hahahahah..terhibur Ammi dgn part tak ready tp tetap cantik itewww. Sapa lagi nak puji kan?

    At least ada booth bergambar. Klinik yg Ammi gi utk booster,kerusi menunggu pun x ckp

    ReplyDelete
  9. da cucuk booster dah. jumaat lepas.
    hingga semlm kesan tak sihatnya tau. 5 hari!
    today da ok alhamdulillah...

    aida sebenarnya dpt kat ppv.
    tapi tu la, faktor kerja, tak dpt kluar lelama.
    terus tukar tempat ke klinik swasta.
    kurang 30 minit je kat klinik tu, da balik :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!