my journey diet - new chapter

assalamualaikum

ni perjalanan diet aku selama setahun.. aku dah lost sebanyak 21.4kg.. lepas tu aku hilang arah dan berat naik sampai 78.3kg.. 😭
aku tak salahkan siapa siapa memang salah aku sendiri sebab terlalu ikot nafsu makan..
bila dah menghampiri ke angka 8 aku tersedar dari mimpi indah.. dan dengan itu bermulalah perjalanan diet aku di fasa 2!
new chapter, new spirit!

aku mula diet fasa 2 ni pada 19/9/2020.. dalam erti kata lain minggu lepas la.. dan ni la hasilnya aku dapat kurangkan berat sebanyak 1.8kg untuk seminggu.. kalau kuat semangat sebenarnya aku mampu je tapi itulah terlalu ikotkan nafsu makan.. nangis bucu katil..

aku ceritakan serba sikit perjalanan diet aku ni.. aku buat intermittent fasting macam biasa.. direct seminggu aku buat 16:8.. dan makan pulak memang aku masak sendiri dan bawak bekal pergi kerja.. aku tak amalkan eatclean tapi aku just control portion makan dengan amalkan diet suku suku separuh.. kalau nak tau lebih lanjut apa itu intermittent fasting korang boleh google.. kalau takde ilmu pasal intermittent fasting korang jangan suka suka kecam orang okay.. diam tu lebih baik.. 😊

jom tengok bento aku untuk minggu lepas~

bento hari ahad (20/9/2020)
1st meal : wrap pisang with peanut butter + sebiji pisang
2nd meal : chicken salad with potato wedges

bento hari isnin (21/9/2020)
1st meal : nasi putih + gulai kuning telur + timun jepun dan salad
2nd meal : strawberi coklat

bento hari selasa (22/9/2020)
1st meal : sandwich tuna
2nd meal : pancake oat sapu jem raspberry + oren

bento hari rabu (23/9/2020)
1st meal : roti sapu peanut butter
2nd meal : chicken mango with suhun

bento hari khamis (24/9/2020)
1st meal : roti sapu jem
2nd meal : mangga

tu adalah menu menu yang aku makan kat sekolah.. petang balik kerja kadang kadang je aku makan.. paling kurang pon aku makan roti sekeping untuk alas perut.. lepas tu sambung buat intermittent fasting.. hari khamis bento paling simple sebab hari khamis balik kerja awal.. so sambung makan kat rumah jela.. kalau rajin aku masak.. kalau malas aku makan je apa ada.. ekeke

bab makan memang aku tak disiplin sangat sebab aku taknak stress.. aku makan apa yang aku suka tapi still dalam kuantiti yang terkawal.. sentiasa ingat dalam kepala yang aku tengah diet.. ingatkan diri sendiri supaya aku tidak berangan kurus.. untuk diet fasa 2 ni kalau boleh aku nak betol betol capai target.. taknak dah kecundang macam diet di fasa 1.. doakan aku istiqomah!

bye!
xoxo

16 comments:

  1. walaupun makanan diet tp nampak sedap gak ye

    ReplyDelete
  2. Kipidap! DOngibab! U can do it! :) Today is the last day to join my GA! :) http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html

    ReplyDelete
  3. semoga akak boleh jadi serajin ezy...

    ReplyDelete
  4. Eina tak pernah lagi buat IF. Pernah buat detox eat clean, sebulan dapat turun 3kg. Lepas stop, makan tak control naik balik 3 kg tu. Sekarang tengah buat eatclean juga, tapi banyak cheat la, sebulan ni baru turun 1kg, itupun turun naik. Haha

    Good luck, semoga dapat capai target berat tu ya. BTW, menu semuanya nampak sedap. Hehe

    ReplyDelete
  5. makanan mcm tu pun sedap la :D Kuat semangat ya kak. You can do it πŸ₯°

    ReplyDelete
  6. sangat rajin! i wish i rajin jugak mcm kakak. HAHA! Keep it up kak :D

    ReplyDelete
  7. Masuk sini terus terliur tengok menu2 Ezy. Keep it up, dik. Moga terus konsisten dan dapat capai target!

    ReplyDelete
  8. Chayook.. chayook.. you can do it..

    ReplyDelete
  9. sedap2 laa bento dia... insya allah usaha tangga kejayaan. aja aja fightingπŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  10. bila nk diet kena enjoy baru berat turun..
    diet dgn stress mmg hancuss..

    Alhamdulillah shida pn tgh diet santai2,
    tak terlalu menekan..sikit2 follow hehee

    10 hari dah turun 4kg :)

    ReplyDelete
  11. nampak best menu awak. saya punya eat clean dan puasa sunat dah kelaut.. hahaha.. sekarang hanya kawal gula sahaja

    ReplyDelete
  12. Chaiyuk chaiyuk. Menarik menu bento bento ezy.

    ReplyDelete
  13. Diet kawal makan paling baik selain rajin bersenam.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!