suprise birthday untuk geng rapat

assalamualaikum

aku memang suka happykan kawan kawan aku.. bila kawan kawan aku happy aku pon rasa bahagia.. cara paling mudah nak happykan kawan kawan ni dengan suprisekan diorang masa birthday diorang.. tapi untuk geng rapat aku jela.. yang tak rapat tu tak tau la.. happyla korang dengan cara tersendiri.. 😂

1. suprise untuk dak sima

memperkenalkan inilah dak sima.. haha.. tiberrr.. dia ni geng pembantu makmal aku jugak.. sekali posting dengan aku masa kat SMKP.. ada beberapa kejadian yang tak dapat aku nak ceritakan kat sini, kitorang jadi rapat.. tapi tak lama lepas tu aku dapat tukar.. 😅

birthday dia bulan 6 itu hari tapi saja la kan nak suprisekan dia di bulan 7.. hari last aku berkhidmat kat SMKP.. barula orang kata ada kenangan terindah gitu.. haha.. pagi hari aku kejutkan dia dengan kek dan coklat.. dia boleh tanya apeni apeni.. birthday sape ni.. haaa tau terkejut.. 😂 alhamdulillah dia happy walaupon simple je.. dan aku pon happy! harap persahabatan kita kekal sampai bila bila ok? i love you 😘

2. suprise untuk dak mira dan kakya

untuk suprisekan dua orang budak ni bukan senang.. macam macam dah aku fikir cara nak sambut birthday diorang.. disebabkan birthday diorang tarikhnya dekat dekat so aku, yana dan akma plan nak suprisekan diorang sekali jela senang.. memandangkan aku dah tukar sekolah, jadi agak susah la nak plan betul betul.. tapi alhamdulillah yang tersuprise ialah kakya.. aku tengok mira biasa je tak tau la dia terkejut ke tak.. 😆

sedap kek ni.. 😋

hari kejadian tu, aku pecut ke SMKP la kejap masa rehat tu.. nasib baik la sekolah baru dengan sekolah lama tak jauh sangat.. adalah dalam 20minit je perjalanan.. so kitorang makan makan je kat pondok berhampiran kantin sekolah.. nak lepak lama lama tak dapat sebab aku kejar masa nak masuk kerja balik.. dapat spend time kejap dengan geng rapat ni pon buat aku happy dah.. insyaAllah lain kali kita lepak lepak lagi ok.. 😘



nak jugak bergambar kat sini walaupon tengah panas.. 😂

geng laki 3 orang takde dalam gambar.. biasalah orang laki payah sikit nak ajak bergambar kalau ajak makan laju jela diorang.. haha.. kalau tahun lepas konsepnya siapa punya birthday dia kena belanja tapi untuk tahun ni tukar konsep.. masing masing dah tersuprise.. tema kek dan coklat je.. unik tak geng kitorang? tak dibuat orang lagi ni.. yang lagi best tahun ni bertambah sorang ahli.. makin meriah.. 😆

walaupon aku dah pindah sekolah, harap hubungan kita kekal rapat camni ok.. aku taknak hubungan kita lenyap macam tu je.. aku sayang korang semua.. 💗

bye!
xoxo

9 comments:

  1. seronoknya... moga ukhwah berpanjangan walaupun korang dah berjauhan

    ReplyDelete
  2. Happy birthday untuk semua. Seronok kan surprise kan birthday orang. Buat orang happy kita pun happy. Syukur tempat kerja baru dan lama dekat je kan.

    ReplyDelete
  3. seronoknya ada geng2 macam ni
    sama2 suprisedkan time bday,,

    ReplyDelete
  4. Seronok ramai kawan yang sekepala kat tempat keje. Hari-hari nak g kerja dengan hati tenang. Btw saya baru follow blog ni #940

    ReplyDelete
  5. best kan ade bestie camni..hope hubungan korg kekal smpai bila2..walau jauh still bhubung oaky :)

    ReplyDelete
  6. shida rasa mcm lama x nampak ezy..^_^

    ReplyDelete
  7. banyak betul aktiviti makan2 awok. masuk blog ni full with cake, dan makanan best2 sejak akhir2 ni./..ehehe

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!