happy birthday umi! 💗

assalamualaikum

23/9 adalah hari umi dilahirkan.. balik kerja semalam singgah beli kek lepas tu celebrate simple simple je sebab faham faham jela golongan veteran bukan macam kita kalau birthday je terkinja kinja nak celebrate.. haa aku la tu.. 😆 sambut awal sehari sebab semalam suami aku tak kerja dan hari ni dia kerja sampai malam.. seronok la sikit suami aku ada sekali kan..

kek ni umi suka makan sebab tak manis sangat.. kek gebu dan rasa memang sedap! 😋

budak ni paling teruja kalau pasal kek.. tapi makan kek sikit.. lebihnya nak potong nak tiup lilin.. 😅
tunggu birthday awak bulan 11 nanti ye sayang..

tengah fikir nak bagi hadiah apa kat umi ni ye.. hari tu umi ada sebut dia nak periuk yang non stick tu.. sebab kuali non stick dah ada.. nanti aku nak survey survey dulu.. elok la esok dah gaji boleh cari periuk untuk umi.. haha..

happy birthday umi! semoga umi diberi kesihatan yang baik.. sayang umi ketat ketat.. 😘

bye!
xoxo

9 comments:

  1. HB buat Umi Ezy, moga sentiasa dalam lindunganNya

    comel lah kek gitu... akak suka
    menarik tu periuk non stick... skrg banyak offer boleh cari

    ReplyDelete
  2. mesti seronok umi dpt periuk baru nnt hehee :)

    ReplyDelete
  3. semoga cepat diberi ilham nak bagi hadiah apa kat umi tu hehe

    ReplyDelete
  4. Happy birthday to your mom. Moga diberi kesihatan yg baik sentiasa.

    ReplyDelete
  5. Happy belated birthday Umi.
    Ceria-ceria selalu!

    ReplyDelete
  6. happy besday umi 23/9. mak aku 24/9.

    ReplyDelete
  7. Selamat hari lahir umi. Semoga umi sihat selalu. Aaminn

    ReplyDelete
  8. Happy birthday buat umi, semoga sentiasa dalam rahmat Allah.. Aamiin..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!