kisahnya di hari raya aidiladha

assalamualaikum

meriah sikit aidiladha tahun ni sebab ramai balik kampung kan? aidilfitri itu hari masing masing tak boleh nak rentas negeri, so aidiladha amek peluang la balik kampung bila abah kita cakap dah boleh rentas negeri.. memandangkan adik aku boleh balik kampung, kitorang plan la nak berholiday lagi sekali atas houseboat.. tapi tak semua adik beradik boleh join.. okay je tetap meriah gitu.. 😄

bergambar di pagi raya sebelum pergi rumah kakak sulung aku untuk tengok orang sembelih lembu.. hihik
saja letak gambar tak jadi sebab dah bosan jadi cantik.. *tiberrr kahkahkah

petang raya terus gerak ke jeti houseboat kat tasik kenyir.. aku antara orang yang terawal sampai.. maklumla excited nak berholiday walaupon holiday atas houseboat sambil makan makan je.. tak kisah tu semua janji boleh holiday.. 😁

sementara tunggu yang lain lain sampai, kita bergambar dulu depan houseboat..

disebabkan berholiday di hari raya, maka semua orang diwajibkan memakai baju raya di atas houseboat.. haaa gittewww.. tapi yang menjadi masalah sekarang gambar ramai ramai pakai baju raya takde dalam simpanan aku la pulak.. 😒 stress betol.. tapi tak pela.. kita move on je.. 😆

petang takde aktiviti just amek gambar posing sana posing sini kanak kanak berlari lari haa tu jela.. malam tu semua dah siap kitorang main bakar bakar.. ada ayam, kambing, sate dan jugak sosej.. menu lain aku lupa.. maklumla dah berusia ni letih nak ingat semua benda tapi tak ingat ingat jugak.. haha

geng bakar bakar

lepas makan aku tidur awal agaknya letih beraya kot.. tak pon letih bergambar? kehkehkeh.. geng laki yang bawak joran sakan mengail kat belakang houseboat tapi ikan tak dapat.. baik tidur lagi syok.. dah la sejuk macam tidur hotel.. 😆

pagi esoknya lepas breakfast kitorang gerak ke air terjun saok.. wuuu tak sabar nak berendam dalam air.. menu breakfast pagi tu tak silap aku nasi goreng daging kot.. anak saudara aku yang masak.. sedap 😋

sebelum kena panjat bukit nak ke air terjun saok.. ceria muka masing masing..
aku tak nampak dalam gambar sebab duk belakang.. 😒

boat parking kat tepi tu je lepas tu kitorang kena panjat bukit untuk sampai ke air terjun saok adalah dalam 15 minit ke 20 minit perjalanan kot.. letih oiii pancit aku.. menyesal makan banyak masa breakfast.. haha

syok woo main air terjun.. sejuk macam dalam peti ais..

kanak kanak pon happy.. apatah lagi yang dewasa..

selesai mandi manda gerak turun semula ke houseboat.. siap siap tukar baju bagai lepas tu apa lagi makan laaa.. lapar kot.. masa main air kat atas sana tak fikir pulak pasal lapar.. haha.. menu tengahari tu disediakan oleh kakak aku dan jugak anak saudara aku sebab diorang tak ikot mandi manda.. hihik..

menu lunch~
lapar pulak tengok gambar makanan ni..

lepas makan rehat kejap lepas tu boat gerak balik ke jeti.. sambil sambil tu kitorang lepak borak borak.. dah sampai jeti, kemas barang semua lepas tu gerak balik rumah masing masing.. tu jela cerita holiday raya aku di atas houseboat.. biasa biasa je tapi seronok.. 😄



bye!
xoxo

9 comments:

  1. wah rare beraya camni! huhu.. Jemput join my GA :) http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html

    ReplyDelete
  2. wahhh bestnya sambut raya kt houseboat... cantik gambar ramai2 kt air terjun tu

    ReplyDelete
  3. wow..meriah tu..gather2, picnic, makan2..memang best!

    ReplyDelete
  4. wahhh best nyaaa... raya lain drpd yg lain ;-)

    ReplyDelete
  5. seronoknya ezy..lagi2 semua ade..
    terobek sgt kan..tgk gambar2 cmni..

    ReplyDelete
  6. seronok berkumpul ramai2 dengan adik beradik dan anak sedara..

    ReplyDelete
  7. Kisah raya yang rare. Best betul berkumpul satu family bercuti kat houseboat. Makan makan dan mandi manda. Tempat cantik. Air terjun pun bersih.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!