lama dah tak update pasal diet aku ni yela sekarang aku tengah hanyut di lautan dalam.. dah banyak kali restart tapi tetap hanyut.. haha.. kalau tengah on diet elakkan cheatday banyak hari sebab akan jadi macam aku ni la.. nak mula balik payah oi tapi kena kuatkan semangat dan kalau boleh jangan stress sangat.. enjoy your journey diet.. haaa gittewww.. pandai nasihat orang tapi diri sendiri tak tau macam mana.. 😂
harini nak cerita pasal air yang selalu aku minum masa diet selain air masak 2-3liter yang pasti tanpa gula.. bukan nak cakap gula tu jahat tapi aku diet memang tak amek gula.. atas badan masing masing, kalau boleh diet tanpa gula teruskan kalau tak boleh jangan paksa..
kopi essenso kosong
kopi ni biasa aku minum pagi.. buat alas perut sebelum makan..
kalau tengah IF selain air masak boleh minum la kopi kosong ni..
kadang kadang tekak terasa nak minum air buah..
jadi aku blend je buah + air masak.. lepas tu letak ais pehhh nikmat kena pulak cuaca panas..
yang ni aku buat semalam.. jus belimbing.. sedap 😋
aku ni banyak angin dalam badan..
kadang kadang layan teh halia + lemon ahmad tea ni..
minum panas sedap minum sejuk sejuk pon layannnn..
tetiba ngidam mocha.. haaa takde masalah.. boleh buat air mocha guna bahan bahan ni..
kalau boleh tukar kepada susu lowfat.. hee
serbuk koko tanpa gula + kopi essenso (ataupon tak kisah kopi jenama apa janji kopi kosong) + susu lowfat.. bancuh lepas tu letak ais.. memang sedap!
ni kopi kosong jugak tapi letak ais..
yang ni kopi aku culik kakak aku punya.. lupa nama kopi ni tapi yang pasti kopi mahal.. jarang jarang sekali nak jugak merasa kopi mahal.. 😂
sape cakap diet kena minum air masak je? sape cakap diet tak boleh minum air sedap sedap? jangan macam macam.. pukul kang.. ekeke.. kalau taknak stress masa diet kita pelbagaikan menu.. tak semestinya kena hadap menu yang sama setiap hari.. banyakkan buat research.. gali ilmu pasal diet banyak banyak insyaAllah kita pasti boleh! 💪
itu jela aku nak share.. harap korang suka dengan entry ni.. komen banyak banyak ok nanti aku update lagi pasal diet..
bye!
xoxo
Personally, saya pun rasa kopi essenso tu sedap hehe
ReplyDeletesebelum ni, oleh kerana berat aku statik je sekarang, aku takde la diet sgt. hahaha.. makan je apa2 nak, dlm kuantiti suku2 separuh, manis minum jarang2. tp bimbang jugak lately keinginan makan manis melonjat2, aku makan je roti,coklat, puding, air kotak coklat. hahaha
ReplyDeleteakak cara nak elak minum air manis, kalau makan kat luar amik aira kosong je atau kopi o ais... walaupun pahit tapi layan... janji sejuk jadi sedap di tekak
ReplyDeletelama x minum ginger tea.. sedapnya
ReplyDeleteHarap jiwa kental juga nak kurangkan pengambilan gula ni. Teh atau kopi kosong tanpa gula pun sedap tapi tu lah kadang nak ada rasa manis sikit.
ReplyDeleteAkk diet dgn puasa je, Alhamdulillah dpt kawal berat badan.
ReplyDeleteaduhh diet aku pun asyik cheatday je. aku mmg minum air kosong je just pagi aku akan breakfast low fat milk campur oat, buat cam shake. kdg2 blend pisang tapi kdg2 rasa manis sgt, tak suka
ReplyDeletekopi essenso tu beli kat mana ea ezy?
ReplyDeleteDah lama tinggalkan 'no sugar'. Nak start balik.
ReplyDeletewah enjoy giler diet ^_^
ReplyDeleteshida nk follow lah..shida pn tgh diet tp..cara sndri2 ehehehe