skincare routine : make up remover

assalamualaikum

kalau dulu zaman kanak kanak riang aku takde kisah pon pasal make up remover sebab aku tak make up so apa guna pakai make up remover.. dan ternyata itu salah.. agak dah matang sekarang ni, dah tau serba sikit pasal skincare routine baru la aku mengerti yang make up remover jugak penting walaupon hangpa semua tak pakai make up.. selain tugasnya meremove make up, beliau jugak bertindak meremove segala kotoran yang ada kat muka hangpa semua.. dan mungkin akan meremove kisah duka kita.. eh? 😂

untuk korang yang baru nak amek berat pasal penjagaan muka macam aku ni, sini aku nak bagitau satu ilmu.. cuci muka hanya dua kali sahaja dalam sehari iaitu pagi dan malam.. untuk tengah hari ataupon sebelum nak solat tak perlu cuci muka dah diknon oi.. hanya guna make up remover sahaja.. sebab kalau kerap sangat cuci muka akan merosakkan kulit muka kita.. haaa takut tak? kalau takut jangan amalkan lagi.. faham? ewah macam pakar kulit pon ada.. ok kita sama sama belajar.. 😃

satu satunya make up remover yang sesuai dengan kulit aku.. yang lain semua reject sebab kulit aku jadi gatal gatal lepas pakai.. 😌
alang alang dah ternampak frame gambar kat belakang tu boleh bagi idea tak macam mana nak deco guna frame tu selain letak gambar sendiri ataupon gambar family? 😁😁

kulit muka aku sensitif lepas beranakkan si sofia.. salah pilih produk memang akan jadi gatal gatal.. untuk dapatkan produk yang betul betul sesuai dengan kulit muka aku, aku kena try and error di samping terpaksa berkorban duit dan jiwa raga.. kehkehkeh.. dan make up remover yang paling sesuai dengan aku pastinya loreal ni.. mahal sikit tapi nak buat macam mana.. kulit muka pon mata duitan.. 😅

aku akan pakai make up remover ni tiap kali sebelum solat walaupon tak pakai make up.. untuk bersihkan segala kotoran kat muka yang terdedah dengan segala macam debu.. cara pakai mudah je kan, nak aku bagitau jugak ke? ok la aku bagitau, letak kat kapas muka lepas tu tenyeh la kat muka sampai bersih.. siap! 😆

bye!
xoxo

9 comments:

  1. akak pakai bila nak bersihkan makeup je, hehehhe
    kalau hari tak kerja atau tak pakai makeup akak pakai pencuci muka biasa je

    ReplyDelete
  2. selain pencuci muka, make up remover pun sgt penting untuk kulit, tak semua sesuai dgn kulit kita kan..

    ReplyDelete
  3. Ada jugak, tapi jarang guna unless pakai make up tebal2..ada majlis apa2 ke

    ReplyDelete
  4. i memang dari dulu cuci muka guna pencuci muka 2x sehari (pagi & malam) sebab ada terbaca artikel tak boleh cuci muka tengahari. Just cuci dengan air biasa je kalau tghari/time wuduk nak solat)

    Make up remover memang tak pakai langsung sebab i basuh guna air biasa je.

    I pun sama, kulit jadi kering sangat sebab banyak produk yang tak sesuai. 1 je yang dh serasi iaitu toner iaitu toner brand simple. duit habis dihabiskan untuk try and error..

    Hehehe..

    ReplyDelete
  5. jarang guna, sebab tak guna makeup tebal, just guna wet tisu baby. taktau betul ke tak cara tu ek.. heheee
    yg frame tu, satu gambar family satu gambar glamer sendiri

    ReplyDelete
  6. Biasa shida guna wet tisu je..tak guna la lagi makeup remover ni sbb makeup pn jrg2 dah hahaa sejak2 pkp nih..belum mula kerja lg..aduhai ^_^

    ReplyDelete
  7. dulu dulu pakai minyak baby johnson tu...sekarang tak lagiii..

    ReplyDelete
  8. betul! dah dewasa ni benda lah wajib ada. kalau tidak, jenuh nak menanggalkan makeup bagi betul betul bersih.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!