kenapa aku pilih dia?

assalamualaikum

sebelum aku menjawab persoalan kenapa aku pilih dia, elokla kiranya aku bercerita serba sedikit supaya korang tidakla tertanya tanya siapa dia yang aku maksudkan tu.. macam saspen je kan padahal dia yang aku nak cerita ni handphone je pon.. 😅

aku pakai oppo A3s lebih kurang dua tahun dan handphone tu elok je sebenarnya tapi entah la di zaman ekonomi tak berapa stabil ni nak jugak aku tukar handphone.. sebelum tukar handphone memang aku survey dulu handphone mana terbaik dengan bajet tak seberapa aku ni.. dah jatuh cinta dengan redmi note 9s sebab camera dia lawa giler tapi sampai kedai aku beli handphone vivo Y30.. why ezy whyyyyyyy????

*pic from google
so apa menarik sangat dia ni sampai aku sanggup tukar fikiran? dia ni dah bomohkan aku ke?

memang sampai kedai tu aku cakap nak redmi note 9s tapi takde stok.. aku macam frust jugak tapi boleh pulak budak tu promote vivo kat aku.. katanya harga sama why not akak amek vivo je? aku macam eh apeni apeni kenapa aku tertarik dengan vivo? haa sudah.. tak tetap pendirian betul! haha..

kenapa aku pilih vivo Y30? aku sendiri pon takde jawapan untuk soalan ni.. bila aku pertama kali pegang vivo Y30 aku macam eh best jugak handphone ni.. walaupon budak tu ada promote vivo s pro tapi aku nak vivo Y30 jugak..bila dah 3-4 hari duk pakai vivo Y30 ni aku agak kurang puas hati dengan camera nya.. tak secantik redmi note 9s.. tapi tu la dah beli guna jela takkan nak buang.. macam dah kaya lagaknya bawak sedar diri sikit ezy oi.. 😆 bersyukurla masih mampu pakai handphone canggih.. jangan nak banyak songeh sangat.. 😁

akan ku pupuk rasa cintaku kepadamu wahai vivo Y30!

bye!
xoxo

9 comments:

  1. Selalu juga macam ni. Nak beli lain sampai kedai beli lain.

    ReplyDelete
  2. susahnya kan nak layan perasaan macam ni..agak kecewa juga xdpt apa yang kita nak. tapi itu lah dah terbeli. pakai sajalah. ada rezeki boleh tukar lain pulak :)

    ReplyDelete
  3. Skrg ni pakai huawei...
    dalam hati masih mengidamkan iphone...
    kalau pergi kedai phone, fikiran dan hati boleh bercabang x tau nak pilih mana hehehe

    ReplyDelete
  4. Aku pakai note4 dari 2015. Tak tukar lagi melainkan kalau rosak. Sedap rasa Note4 kamera ok je, Kalau kamera tak ok, memang kita pempuan ni cepat je tukar phone baru. Hehehe

    ReplyDelete
  5. muja pun pernah nak beli vivo. tup tup amik hp adik je. huawei. hehe

    ReplyDelete
  6. Saya tetap pada Samsung.
    Harap-harap awak jumpa kebaikan pada si dia tu ya :)

    ReplyDelete
  7. Hahahaha lalang la akak. Saya pengguna setia setia. Tibehh #cakapje 😂

    ReplyDelete
  8. Saya setia dengan Redmi.. hehehe..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!