skincare routine : cleansing oil

assalamualaikum

aku nak buat entry skincare routine tapi buat part by part tak buat sekali gus nanti entry akan jadi terlebih panjang.. bila terlalu panjang orang akan bosan nak baca sampai habis.. lagi la kalau entry tu dipenuhi dengan ayat ayat lagha macam entry aku ni haa.. yang rajin membaca je akan baca sampai habis yang tu memang aku respek gilerrr.. 👏👏

so untuk entry pertama pasal skincare routine ni aku nak share cleansing oil yang aku guna.. sebelum ni tak pernah guna cleansing oil pon tapi bila meningkat dewasa ni kena la jaga kulit muka.. bukan setakat jaga kulit muka je tapi hati dan perasaan pon kena jaga.. *tiberrr..

aku guna cleansing oil ni dah masuk botol kedua.. harganya dalam RM50 lebih lebih macam tu.. walaupon agak mahal tapi tahan lama.. aku guna sebotol boleh tahan dalam 5-6 bulan macam tu.. 😊

cara guna :
  • guna sekali sehari sahaja iaitu pada waktu malam sebelum cleanser..
  • guna tanpa air okay! gosok gosok kat muka dalam 10-20 saat lepas tu bilas..
  • picit sikit je kat tapak tangan dah boleh cover satu muka.. sebab tu la cleansing oil ni tahan lama berbulan bulan.. 😅

review ikhlas dari aku :
cleansing oil ni sangat best bagi aku.. first time guna aku dah jatuh cinta.. haa gittew.. serius la kulit muka aku jadi lembut lepas cuci.. walaupon namanya oil tapi tak buat kulit muka berminyak pon.. 😁 dan paling penting kulit muka rasa fresh bebas dari kotoran..

korang guna cleansing oil tak? jom share!

bye!
xoxo

11 comments:

  1. aku tak guna cleansing oil. Tak reti la nak guna apa untuk muka aku ni. tak tahu bahan mana yang sesuai. beli byk barang pun xguna sebab tak sesuai

    ReplyDelete
  2. saya pernah guna kak yang warna ala2 kuing gold tu. haha best jugak. tapi sekarang dah pakai brand lain. heheee

    ReplyDelete
  3. akak memang pengguna pencuci muka neutrogena... pengguna setia dah dekat 10 tahun rasanya tak pernah tukar lain...

    cuma cleasing oil ni akak guna kalau akak kerja dan pakai makeup... kalau takat biasa pakai yang biasa je

    ReplyDelete
  4. bagus la bila dpt cleanser or product yang sesuai dengan your skin.
    tried neutrogena last few years and sadly tak sesuai dengan kulit. so i stop using them.

    ReplyDelete
  5. CCL pun pakai cleansing oil juga , tapi da nak habis , mybe boleh try neutrogena nih

    ReplyDelete
  6. Pernah guna produk ni sebelum ni...

    ReplyDelete
  7. saya takda guna, rawatan muka saya simple, mlm guna aloevera, siang guna serum dan sunscreen je. tapi dagu berjerawat lah since pkp ni asyik guna mask

    ReplyDelete
  8. Oo sama macam anak Sis guna ni, sebab muka dia jerawat terukk..now nampak dah okay dah tu...

    ReplyDelete
  9. Mama x penah dgr asal cleansing oil Ni. APA fungsi dia ye

    ReplyDelete
  10. Suka pakai cleansing oil dan cleanser.lebih bersih guna double cleanser.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!