happy 7th anniversary

assalamualaikum

alhamdulillah dah masuk tahun ke tujuh di alam perkahwinan ni.. dah lepas lima tahun pertama rasa macam dah agak senior tapi jauh lagi perjalanan tu sebenarnya.. dalam masa tujuh tahun ni bab bergaduh tak payah cakap la tapi aku je yang selalu menang.. biasala perempuan mana pernah nak kalah kan? 😂

lapar pulak tengok kek ni..

suami aku bukanla seorang suami yang romantik.. sepanjang tujuh tahun kahwin ni, ini la pertama kalinya dia suprisekan aku dengan sepotong kek.. walaupon hanya sepotong kek ni pon dah cukup buat aku happy.. mudah terhibur aku ni.. haha..

tak cukup dengan itu, dia hadiahkan aku pulak dengan sebijik novel.. dia tau aku memang suka novel dan dia jugak tau sekarang aku dah takde masa nak hadap novel tapi dia hadiahkan jugak aku novel.. so sekarang aku kena fikir macam mana cara aku nak fokus kat novel tu tanda aku menghargai pemberian dia.. 😅

tQ~ encik suami.. 😁

itu jela kisah anniversary kitorang yang ketujuh ni takde nak celebrate makan sedap sedap jalan jalan tempat best holiday ke hape.. simple tapi masing masing happy.. itu sudah memadai walaupon aku tetap berharap dia suprisekan aku dengan hadiah lagi besarrrr.. kahkahkah..

bye!
xoxo

9 comments:

  1. pada pendapat saya... tak perlu hadiah mahal2 ke apa... dia kasi kek sepotong pun, kalau saya dah cukup happy. sebab itu tanda dia still ingat dan care pada kita.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. selamat ulang tahun perkahwinan buat ezy dan suami yea. semoga bahagia till jannah

    ReplyDelete
  4. Dah 7 tahun kak ezy kawin? Maknanya 2013 eh? Masa tu dah tak aktif blog patut la taktau berita pasal akak huwaaa

    ReplyDelete
  5. eppi anniversari
    Semoga kekal bahagia selamanta

    ReplyDelete
  6. selamat ulangtahun perkahwinan yg ke 7. moga kekal bahagia hingga ke jannah... insya Allah

    ReplyDelete
  7. Happy Aniversary Sis..
    Mcamana i boleh terlepas entry ni. mungkin time tu i cuti kot. kat opis bg blogwolking

    ReplyDelete
  8. eh, sama anniversary year kita..fiza bulan 8 nanti. Happy anniversary. Semoga bahagia sampai syurga. aaminnn

    ReplyDelete
  9. Happy anniversary..
    semoga sentiasa dalam rahmat Allah dan bahagia sehingga ke syurga.. Aamiin..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!