jejak pantai di fasa PKPP

assalamualaikum

tunaikan permintaan anak nak ke pantai katanya.. dah dua tiga hari duk menyanyi nak pergi pantai jadi mommy papa bawakla sofia ke pantai.. sebelum kena kecam aku bagitau siap siap aku cari port yang memang takde orang langsung okayyy demi keselamatan anak aku.. haha

dalam kereta dah teruja tengok pantai.. kesian budak ni tiga bulan berkurung sekali dapat keluar teruja lain macam.. 😆

ini la first time bawak sofia keluar sejak berkurung tiga bulan lepas, sebelum ni pon ada bawak dia keluar tapi duduk dalam kereta je.. tak boleh bawak pergi mall, pergi pantai pon ok dah janji sofia happy..

OOTD dulu dengan anak dara..
baju bundle je mommy pakai beli kat shopee
baju sofia pon beli kat shopee..
so aku boleh jadi duta shopee tak? 😆

happynya dia 😍😘

mujurla kat terengganu ni banyak pantai.. pilih je pantai mana nak pergi tak perlu berebut dengan orang ramai.. haha.. pantai yang aku pergi ni namanya pantai seberang takir ala jalan yang menuju ke jambatan hatimu itu.. eh? kehkehkeh.. jambatan angkat tu la.. dapat hirup angin pantai walaupon sekejap je dah puas hati tapi tu la si kecik ni bila dah lama tak keluar, sekali dapat keluar dia taknak balik pulak.. jenuh mommy pujuk ajak balik.. 😅 nasib baik dengar kata nak balik jugak akhirnya.. haha

mommy papa sofia 😄

dah puas lepak pantai bawak sofia ronda ronda kejap lepas tu singgah kedai eco.. agak lama aku tak jejak kedai eco nanti next entry aku buat haul kedai eco ok.. 😁

p/s : sorry ok tak sempat lagi nak singgah blog korang sebab aku busy dengan urusan makmal sikit.. nanti aku blogwalking.. 😘

bye!
xoxo

10 comments:

  1. betul lah kesian kan kat anak-anak kecik kita nih, duk je rumah berbulan tak ke mana... si aiyan pun semalam baru akak bagi bawak pi kedai mamak dia sibuk nk makan kt luar... itu pun cari kedai makan dekat rumah jr

    ReplyDelete
  2. Seronoknya gi pantai..dulu masa belajar mmg rajin gi pantai petang2..nak hilangkan stress belajar la katakan hehe

    ReplyDelete
  3. bestnya....next week baru g short vacation..

    ReplyDelete
  4. budak2 lama tak keluar rumah, dang boleh keluar memang payah nak pujuk balik

    ReplyDelete
  5. Ian & Iris pun gi pantai semalam ngan Tok Umi & untie2 dia...
    comei baju princess tecik tu..cute!

    ReplyDelete
  6. comelnya...dah lama tak mandi laut dan jalan2 tepi pantai

    jemput la sertai segmen kita..
    https://www.aziankhalil.com/2020/06/segmen-bloglist-pkpp-at.html

    ReplyDelete
  7. Sofia pun suka pantai ye..kita geng lah Fia. Alhamdulillah syukur dah boleh keluar rumah menikmati keindahan alam

    ReplyDelete
  8. Yeah!! Akhirnya dapat tengok pantai..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!