my journey diet - genap setahun

assalamualaikum

aku pernah cakap dalam blog yang aku memang diet tapi secara officialnya aku belum lagi up entry pasal diet aku ni.. sebab aku tak tau nak mula dari mana.. penat jugak fikir idea tapi idea tak kunjung tiba.. so hari ni aku rasa aku dah bersedia nak share pasal cerita diet aku memandangkan esok 19hb Jun 2020 genap setahun perjalanan diet aku.. total lost setakat ni 21.4kg.. alhamdulillah.. aku nak buang lagi 6.6kg untuk capai target.. doakan aku terus istiqomah! 💪

aku taknak karang ayat panjang panjang nanti pembaca akan bosan dan secara tak langsung cerita diet aku macam sia sia bila takde orang baca.. aku ringkaskan kat sini perjalanan diet aku ok..

berat sebelum : 93kg

cara pemakanan : bermula dengan eatclean + diet suku suku separuh (DSSS) dan tukar kepada DSSS secara santai sebab taknak stress dalam diet

permulaan diet : intermittent fasting (IF) selama 16jam, puasa sunat isnin dan khamis, kawal permakanan dan tolak segala jenis air manis

senaman : awal diet dengan berat badan berlebihan aku takde bersenam pon.. badan dah rasa ringan aku mula dengan squat lepastu skipping dan jugak lompat bintang.. joging tu jarang sangat sebab takde masa nak pergi joging.. 😅😁

berat semasa : 71.6kg

gambar belah kiri tu gambar first day aku start diet.. gambar belah kanan tu gambar terkini la.. 😄
amacam? boleh jadi founder ubat kurus tak? kahkahkah ok gurau!

permulaan nak diet sangat mencabar bagi aku dengan kutukan dan kecaman orang sekeliling.. tapi bila dah nampak hasil, mulut mulut manusia yang tak boleh nak tutup tu akan diam.. aku amek segala kutukan dan kecaman tu sebagai pembakar semangat.. alhamdulillah aku berjaya walaupon belum capai target berat yang aku nak.. 😊

kalau korang berminat nak tau lagi pasal journey diet aku ni komen kat bawah okay! nanti aku update lagi..

bye!
xoxo

16 comments:

  1. wahhh banyak betul penurunan... best diet jenis gini, simple tak stress....

    ReplyDelete
  2. saluteeeeeeeee. tak semua org boleh buat ni. kena ambik semangat jugak ni.

    ReplyDelete
  3. Sis 70 pun nampak kurus sangat sbb sis tinggi. Sbb tu la sis, i suruh u buat pre wedding photo skali lagi, sbb sis cantekkkkk sangat skrg! Dulu pun sis cantek, tp sis selalu rendah diri. sis ada hidung kecik yang comel dari hidung i ni.. hehehe

    ReplyDelete
  4. perhhhhh! sis founder ubat kurus yg mane ni? hehehe
    ezy plisssss update lagi pasal journey ni.. #Inspirasi

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah....banyak lost tu...

    ReplyDelete
  6. bukan setakat bertambah kurus, tapi makin cun melecun laaaa.

    ReplyDelete
  7. banyak tu penurunan berat awk..sukanya tengok..akk pun sekarang dah mula fikir nak turunkan berat..dah melampau sangat kembangnya ni..haha..

    ReplyDelete
  8. perghhh
    terbaik lah
    banyak betul turun tu

    ReplyDelete
  9. Terbaik! hebat! Kagum giler ah dengan Ezy. Nak kurus jugak..huwaaa..terima kasih Ezy jadikan sumber inspirasi. harap tercapai juga impian nak kurus.

    ReplyDelete
  10. Nk ikut jejak langkah lh. Hihi

    ReplyDelete
  11. tahniah.. agak senang awak turun berat

    ReplyDelete
  12. tahniah!!! banyak penurunan tu. cfrm banyak pengorbanan juga kan. teruskan sampai ke berat ideal

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah..
    Tahniah awak..
    semoga terus sihat dan bersemangat..

    ReplyDelete
  14. Tahniah ezy! Kalau berat 6 kg tu boleh transfer dh lama saya amik!

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!