teringin nak makan mac and cheese

assalamualaikum

walaupon tengah gigih jaga makan, sekali sekala teringin jugak nak makan benda benda mengarut.. kebetulan ke giant masa hari sabtu lepas, aku beli la sos prego baru mac and cheese tu.. tekak teringin sangat, kita masak la sendiri.. disebabkan makaroni takde aku hentam je guna pasta seashell.. janji sedap.. 😋

ni bahan bahan yang aku guna :
garlic
sos prego mac and cheese
pasta seashell
sosej blackpepper ayamas

*pic from google
yang ni pon aku letak jugak tapi lupa amek gambar.. haha

aku kalau masak pasta memang suka tumis bawang putih dulu.. nak kata tambah sedap mungkin la kot.. tak tau la memang suka tumis tumis dulu.. korang taknak tumis pon takpe masak je ikot keselesaan korang.. haha.. aku bukan pakar sangat bab memasak ni tapi suka je main campak campak.. sedap tak sedap tekak sendiri jugak merasa.. 😆

ni la hasilnya.. banyak kuah dari pasta.. tapi takpe yang penting suami aku cakap sedap! 😂
si sofia pon suka.. kembang hati mommy.. 😙

korang dah try belum sos prego mac and cheese ni? kalau belum boleh la try.. sedap jugak layan anak tekak sekali sekala.. ekeke..

bye!
xoxo

15 comments:

  1. memang sedap sos mac n cheese nih, akak pernah cuba jugak... cuma susah sikit nk jumpa kadang

    ReplyDelete
  2. nampak pun dah menyelerakan. aku suka tumis bawang besar potong dadu dulu.

    ReplyDelete
  3. belum try lg sos prego yg baru ni sbb slalu beli yg carbonara fav ank akak..nanti bole try yg ni plak

    ReplyDelete
  4. sekali-sekala ubah selera kan. asyik nasi pun jemu jugak

    ReplyDelete
  5. Sedapnya..letak cheese atas bakar sikit lagi sedap tu :)

    ReplyDelete
  6. Saya pun suka Mac and Cheese tapi saya suka pakai Macaroni and tambah 3 different cheese for extra tarik2 tu haha but this one pun dah nampak mouthwatering, kalau dah lapar and ini je yang ada, bedal je lah kan?

    ReplyDelete
  7. wah senang je nak buat dengan guna sos prego ni :)

    ReplyDelete
  8. sedapnya laa haiii..sisyat pun pencinta pasta tahap dewa..hehe

    ReplyDelete
  9. suka tapi en asben akak kureng sikit..kalau dia x makan, ate jenuh akak nak perabiskan sensorang weii..hehe

    ReplyDelete
  10. Ala.. tak jumpa pun kat sini sos prego mac and cheese tu.. huhuhu.. meh sikit..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!