sekarang aku memang hari hari bawak bekal pergi kerja, agak susah kalau takde beg bekal *alasan sebenarnya nak beli beg bekal comel 😂 ok sebelum ni aku letak bekal bekal aku dalam beg yang dapat free masa buat spek itu hari.. beg tu agak nipis jadi bekal kena letak menyenggeng habisla bento aku dah tak cantik.. 😕
BFF aku si yana bawak bekal letak dalam beg comel tu, aku berkenan pulak tengok.. dia cakap beli kat DIY je.. kebetulan masa pergi rumah atok sofia, singgah la DIY.. gigih aku cari beg bekal tu oi.. akhirnya jumpa jugak! yahoooo.. 😍
comel tak? heee.. ada banyak pilihan warna dan pastinya aku pilih warna pink.. i is peminat colour pink okayyyy.. 😎
beg ni agak lebar lepas tu kat dalam ada apa benda orang panggil tu ala susahnya nak sebut.. haha.. yang colour silver tujuannya untuk bagi makanan tu kalau panas tahan la panas tu.. kalau sejuk tahan la sejuk tu.. haaa kemain aku explain harap korang faham la.. 😂 lebih kurang macam cooler bag untuk letak susu yang sudah dipam.. haaa gittewww..
harganya lebih kurang RM7 lebih lebih.. takde la mahal sangat kan boleh la setakat letak bekal bawak pergi kerja.. ekeke.. beg ni boleh muatkan dalam tiga bekas kecik kecik kalau bekas agak besar boleh la muat dua je.. 😊 ok la kan.. berbaloi beli..
tu je nak share.. 😁
bye!
xoxo
Comel begnya.. Boleh dijadikan koleksi ini.. hehehe
ReplyDeletemenarik jugk tuh, nak cari jugak lah... akak selalu bekal masuk dalam beg plastic zip log je hehehe... punya la malas tahap cipan heheheh
ReplyDeletedah lama gak ammi tak bawak bekal gi kerja sbb encik suami masak mcm cukup2 je utk dinner.
ReplyDeleteSaya pun ada beberapa jenis. Mula-mula teruja sebab nak bawa bekal. Bekas pulak jenis petak-petak kan. Senang masuk dalam ni takdelah senget benget. Tapi saya beli kat shopee. Murah sangat dan banyak design.
ReplyDeletecomel beg. aku letak dalam plastik rokrak je. beli beg hilang beg je. asyik lupa wat balik umah
ReplyDeletedari jauh dah boleh nmpk warna pink tu hehehe
ReplyDeletebeg bekal dekat DIY mmg comel2
ReplyDeletePerempuan memang normal suka sesuatu yang comel.
ReplyDeleteLagi satu perasan tak pompuan kalau pergi kerja bag masing-masing mesti lebih dari satu haha..
Comel....kat shopee pun ada banyak jual jenis macam ni...tapi blom beli..hahaha
ReplyDeletecomel beg diaaa. senang nak isi bekal. jimatsss!
ReplyDeletekemain bag dia macam bag shopping dah . saya guna bag yang beli kat Mr DIY tu je . Bestkan bawak bekal , boleh saving . Saya pun tiap hari bawak bekal atas sebab malas nak keluar lunch panas-panas . hehehe
ReplyDeleteComel beg bekal dia. Pernah nampak kat MR.DIY tapi tak terbeli pula. Yeay, kita geng pink!
ReplyDeletebeg ni pun boleh gantikan handbag jugak ni. hehe
ReplyDeletecomell..nti share resepi bento yg bwk g keje lak ye
ReplyDeletecomei..simple jer.
ReplyDeleteAlolo mmg sgt comel ni
ReplyDelete