OOTD mur mur #2

assalamualaikum

sambil breakfast dengan secawan kopi O suam suam sambil jari menari nari di atas keyboard maka terhasillah seketul entry untuk tatapan anda semua peminat peminat dak ezy.. kehkehkeh.. acah acah artis ada peminat..

aku ada beli sehelai maxi dress kat shopee bagi aku dress ni agak murah la dan paling penting boleh mix match dengan pelbagai gaya.. haa gittew.. kalau mahal idoknya iols beli.. iols bukan taraf taraf datin nak pakai barang mahal mahal.. bawak sedar diri yang iols ni rakyat marhaen kerja pon makan gaji je uols.. 😆 ok sebelum makin jauh aku melalut jom aku belanja korang OOTD mur mur jeeee.. 💁

OOTD #1

OOTD #2

jom semak harga :
tudung bawal airis premium RM10
cardigan colour grey takde jenama lupa harga.. yang pasti harga bawah RM30
maxi dress RM29
cardigan colour peach dapat free adik aku bagi..

ni la rupa maxi dress aku tu.. kalau korang nak beli boleh KLIK SINI!
selain maxi dress ni ada banyak lagi pilihan kat kedai dia.. so terjah jela.. 😄

amacam ok tak OOTD kali ni? on ke tak on? 😁 ada banyak lagi OOTD aku nak kongsikan dengan korang yang pastikan semua murah murah aje.. mampu milik.. tunggu episod seterusnya okayyyyy!

bye!
xoxo

15 comments:

  1. Dah lama tak pakai dress. malas nak alter kalau labuh. anyway, you look cute sis. Tak payah pakai mahal2 yang penting selesa

    ReplyDelete
  2. Simple OOTD pun cantik. Lawa pattern dress tu, bunga kecik-kecik. Color pun soft je :)

    ReplyDelete
  3. Cantik baju. Terus terjah tau heheheh

    ReplyDelete
  4. Barang dkt shopee mmg berpatutan harganya.. senang hantar terus ke depan pintu tak yah susah2 nk pusing2 dkt mall..:D

    ReplyDelete
  5. Barang dkt shopee mmg berpatutan harganya.. senang hantar terus ke depan pintu tak yah susah2 nk pusing2 dkt mall..:D

    ReplyDelete
  6. murah pun cantik kalau pandai gayakan kan..

    ReplyDelete
  7. apa ada pada harga..yg penting selesa.
    lainlah kalo kita ni mmg stok gaji 16k sebulan masa tu mmglah tak berapa nak hadap baju 20-30 hinggit ni kan.

    ReplyDelete
  8. lawa jer..tapi kalau size mv x sesuai pakai

    ReplyDelete
  9. Wow not bad juga boleh digayakan dgn pelbagai style

    ReplyDelete
  10. Ok sangat!! Dahla murah lawa pula tu

    ReplyDelete
  11. cantik lah. okay gak tu boleh mix and match. Jimat dan harga pun murah

    ReplyDelete
  12. cantikkk.. tak kisah la murah ke mahal, janji elok & selesa pakai.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!