photobook lagi??

assalamualaikum

sebelum mulakan kerja aku nak update entry dulu la.. kali ni nak share pasal photobook lagi.. ye photobook yang percuma tu.. macam mana boleh percuma pulak sedangkan sekarang ni masuk toilet pon kena bayar? haa rilex rilex jangan gelabah.. seperti yang aku gebangkan dalam entry sebelum ni [KLIK SINI] kalau korang nak photobook percuma jugak cepat cepat pergi beli biskut munchy's lexus tu sebelum masuk tahun 2020 okayyyy.. 😁

😎

sebelum ni buat photobook banyak muka si sofia je, untuk kali ni mommy buat takde muka sofia.. ada muka mommy and friends je.. haa gittew.. sofia punya photobook dah banyak bagi peluang kat mommy pulak sekali sekala ok.. haha

bajet untuk seketul photobook ialah biskut RM5 (tak ingat harga sebenar) + postage RM8.. mur mur je kan? mampu milik je kan? haaa cepat la pergi order jugak! 😄 untuk yang tak tau kenapa mesti beli biskut untuk order photobook, meh kakak bagitau lagi sekali.. dalam biskut tu ada baucer untuk dapatkan photobook free.. kalau tak beli biskut takde la baucer dan tak dapat la photobook free.. sekarang dah faham? bagus..

dah jom sambung kerja..

bye!
xoxo

12 comments:

  1. Berbaloi-baloi ni. Biskut dapat photobook pun dapat

    ReplyDelete
  2. sha ada juga buat photobook ni haha tapi taksempat update lagi :D

    ReplyDelete
  3. asyik lupe je nak cari biskut muchys tuh yg ada promo photobook free nih... menarik betul lah

    ReplyDelete
  4. ok jugak ni beli biskut boleh dapat promotion photobook ni. boleh buat kenang-kenangan

    ReplyDelete
  5. wah buat photobook baru lagi..kena borong biskut lexus nampaknya nih

    ReplyDelete
  6. dulu baru-baru keluar pasal photobook percuma nie saya ada jugak buat . Sekarang tak buat dah , Hahahahah . Tengok orang punya gambar cantik-cantik je siap edit , kita yang takde skill mengEDIT nie memang attached gambar huduh-huduh je la . .

    ReplyDelete
  7. tak guna lagi voucer ni. kena cepat sebab dah nak expired

    ReplyDelete
  8. saya kan - sekali jer beli photobook, masa tu ada sale , so dapatlah harga murah.. Tapi dek kerana kesibukan dan kekangan waktu, photobook yang dibeli tu terus jadi pekasam jer, tak redeem pun..huh! ruginya dan sangat membazir masa tu.. lepas tu dah tak nak beli dah sebab takut tak sempat nak buat. hehe

    ReplyDelete
  9. wah bestnya, beli biskut dapat photobook lg. memang berbaloi :)

    ReplyDelete
  10. lom sempat lagi nak berphotobooking.
    gambar byk ya Allah.
    nak pilih yg terbaik, aduhai :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!