lepaking at Seoul Garden

assalamualaikum

untuk penutup tahun 2019 ni, kitorang geng GG sepakat nak makan makan kat Seoul Garden.. sebenarnya dah lama plan jadi kitorang kumpul duit start dari bulan 8 sampai la bulan 11.. untuk penutup kengkonon nak la makan sedap sikit, so kitorang pilih Seoul Garden.. ini cerita minggu lepas okayy baru nak up sini.. 😁

aku tak pernah jejak kaki pon lagi kat Seoul Garden, agak excited jugak dan jakun sikit.. kahkahkah.. aku dengan yana satu kereta, jadi sampai lewat sikit dari yang lain.. lewat tu sebab cari parking satu hal.. lepas tu cari tiket parking pulak katanya kat kaunter khidmat pelanggan tapi cari satu bangunan tak jumpa.. last sekali turun bawah tanya kat kaunter pertanyaan lepas tu naik balik tingkat 2.. dah dapat tiket parking turun pulak tingkat 1 nak ke Seoul Garden.. macam masuk acara lari 400m dah aku rasa.. 😓






aku sampai sampai je dengan yana, diorang dah start makan.. perot tengah lapar apa lagi serbu makanan jela.. haha.. agak penuh jugak Seoul Garden itu hari sebab ada sekolah mana entah buat jamuan  kat situ.. mewah betol budak budak zaman sekarang, kecik kecik dah merasa makan kat Seoul Garden.. aku dulu jamuan akhir tahun buat kat sekolah je makan ramai ramai dalam kelas.. 😆 *tibeerrrrr nak jeles dengan budak

disebabkan agak jakun, aku makan tak ingat dunia lepas tu rasa perot macam nak meletup.. rupanya dah kenyang.. 😂 alhamdulillah.. puas hati sangat dapat makan sedap, dapat berkumpul dengan geng GG kitorang ni.. bukan senang tau nak lepak macam ni..

ni jela gambar paling cantik.. 😂
geng geng jejaka jadi photographer kitorang.. 😎

sangat enjoy lepak dengan diorang ni, penuh dengan gelak ketawa je.. tahun depan ke mana kita? jom start menabung! 😁

bye!
xoxo

20 comments:

  1. puyooo akak pun tak pernah try makan sini.... memang kene menyimpan nak makan situ, kalau sekali kuar duit... boleh nangis jugak hehehhe

    ReplyDelete
  2. Makan dengan SG kena time betul-betul lapar. Pastu kena makan dengan geng-geng sekepala. Memang nak meletup perut

    ReplyDelete
  3. Sedap ! saya pun boss yang belanja dulu . Kalau nak tunggu guna duit sendiri memang tak masuk-masuk la , baik g resto lain yang boleh dapat 2 3 jenis makanan dengan satu harga per kepala seoul garden nie .

    Seould garden claypot pernah try .? Sedap jugak kat situ , saya pernah pergi sekali tapi dekat kuantan la .Harga okey la , sesekali nak makan sedap .

    ReplyDelete
  4. Dah sebulan rasa nak makan dkt SG ni...
    tgk lagi gambar ni..makin meronta anak tekak ni hehehe.. :)

    ReplyDelete
  5. Kalau terdatang dengan geng tak kuat makan, terbantut makan.. Haha

    ReplyDelete
  6. Bestnya.. opis aku takde nak buat penutup tahun bagai. Mereput je la sekor2 makan kat pantry opis.. dah tak meriah mcm dulu.. Aku pun tak pernah makan kat Soeul Garden, Steamboat sekarang satu kepala harga boleh makan 2hari. hahaha

    ReplyDelete
  7. sis lagi jakun, tak penah masuk seoul garden ni. rasa kalau masuk ni, mau peghak jap nak order camne.. nak order apa. haha

    ReplyDelete
  8. syioknya makan stimboat reramai kan :)

    ReplyDelete
  9. saat yang paling best ialah makan..

    lebih-lebih lagi kalau makan ramai-ramai

    ReplyDelete
  10. tak pernah lagi mai sini makan. Nampak macam sedap je tu hehe

    ReplyDelete
  11. hye singgah dan follow #899 salam kenal

    ReplyDelete
  12. dekat sini pun ada jugak tapi nda pernah pergi hehehhe sedap ka

    ReplyDelete
  13. Seoul Garden tak pernah tak ramai. Penuh je setiap masa. Meriah!

    ReplyDelete
  14. seronoknya lepaking di seoul garden..best best! dulu selalu gi ngan BFF...

    ReplyDelete
  15. best nya lepak2 mcm ni...lama betul x buat mcm ni dgn geng2

    ReplyDelete
  16. Mama X penah lagi makan kat sini

    ReplyDelete
  17. memang best lepak kat sini, makan sampai kenyang..hehe

    ReplyDelete
  18. menarik.
    aida x pernah lagi lepak seoul garden.
    mcm x sesuai bila dgn anak-anak.
    dgn friends, lom lagi dpt berkumpul.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!