assalamualaikum
naik je cuti raya minggu lepas terus kena hadap dua program sekolah.. mabuk daging tak hilang lagi kena kerja dah tapi kalau tak kerja siapa nak bagi kita duit nanti? kalau takde duit macam mana nak shopping? kalau tak shopping nanti kita stress.. haa sudah.. kehkehkeh.. so aku update sekaligus dua program sekolah dalam satu entry sebab aku dah malas nak tangguh tangguh update.. risau nanti sampai ke tahun depan tak berupdate..
19 Jun 2024 : PROGRAM KORBAN
untuk program korban ni alhamdulillah dua ekor lembu tumbang.. ada beberapa orang cikgu dan staff yang masuk bahagian korban.. daging tu agih agihkan dulu, yang selebihnya kita masak.. dua menu utama yang kita masak iaitu daging singgang dan jugak daging goreng.. seronok merewang sesekali macam ni.. ihiks..
tugas aku ialah membawang.. 😆
dan jugak membelacan.. 😁
ala acah acah je tu padahal tak buat apa pon.. 😝
daging goreng
daging singgang
siap semua masak, agih agih kan pulak lauk ni untuk semua pelajar.. kitorang cikgu dan staff makan je kat situ.. alhamdulillah, dapatla merasa sikit sorang.. hilang penat merewang kalau tengok semua berselera jamah makanan.. ihiks
20 Jun 2024 : MERENTAS DESA
esoknya kena bertugas untuk kejohanan merentas desa pulak tapi takpe aku suka je benda benda macam ni.. kadang kadang boleh hilangkan stress hadap kerja 24jam.. kehkehkeh.. tugas aku jaga checkpoint.. trek merentas desa untuk tahun ni agak mencabar berbanding tahun lepas..
kalau korang kenal kawasan lembah bidong ni, korang tau la kawasan sini kawasan kuda.. so trek merentas desa budak budak kali memang trek kuda la.. ihiks.. ala nama pon merentas desa kan, baru la mencabar! 😄
sebelum gerak ke lokasi bertugas masing masing, bergambar la dulu.. kecekak kecekak 40 kali..
mula mula bertiga..
lepas tu beramai ramai.. 😜
ni lokasi checkpoint aku kena jaga.. depan parit menghijau ni haa..
dah selesai jaga checkpoint kat sini, gerak la pulang ke sekolah.. rehat rehat dulu kejap, hilangkan dahaga kat kantin lepas tu ke dewan untuk acara penutup..
meriah acara penutup dengan sorakan pelajar sokong rumah sukan masing masing.. macam macam ragam ada nak raikan kawan kawan diorang naik pentas.. untuk tahun ni aku takde semangat nak join bebudak ni.. entahla, rasa macam dah tua kot.. kehkehkeh.. so perhati jela gelagat budak budak ni dari belakang..
keputusan merentas desa untuk tahun ni :
juara : rumah lambda (kuning)
naib juara : rumah sigma (merah)
ketiga : rumah beta (biru)
keempat : rumah alpha (oren)
bye!
xoxo
seronoknya..rewang2 masak daging korban...teringat merentas desa time sekolah dulu, peringkat sekolah berlari dlm ladang kelapa sawit..peringkat daerah berlari dlm kampung & kebun kelapa...hehe..
ReplyDeleteAdekah lembah bidong di terengganu?? Hihihi..
ReplyDeleteSeronok dapat gotong royong masak2 nie... Sekali skala buat program, takdelah tepu dengan kerja hakiki
ada jugak aktivitinya. usahkan daging, lembu pun tak nampak bayang kat sini. Maklumla kawasan bangsa lain kat sini.. Hehe.. Sakan meriah ye merentas desa kalian
ReplyDeletebestnya aktiviti memasak bersama-sama tu.... memang riuh rendah la tu meriah betul.Dah puas makan daging kene rentas desa pulak la
ReplyDeletebesntnya rewang-rewang...
ReplyDeleteala..merentas desa masa sekolah menengah je..lepas tu xde dah..
Bila dapat beramai2 buat korban tu syok pulak. Kat sini korban dan masak memasak semuanya lelaki.
ReplyDeleteMeriahnya pihak sekolah pun buat program qurban.. acara merewang masak beramai2 tu pun seronok...
ReplyDeleteKalau sy jaga check point tu mesti dah siap dengan batang pancing sekali hahahaha..
ReplyDeletemeriah program korban di sekolah..ramai sama2 menolong
ReplyDeletesuka part rewang memasak tu... sambil buat kerja borak mesti tak henti2 kan? hehehe
ReplyDeletewahhhh syok merewang sambil membawang & membelacan hehehe
ReplyDeleteehhh lg bestt pulak nengok merentas desa jaga check point! hehe
kat kg/umah my mom kat kg tu memang tradisi masak beramai2 then mkn beramai2 laaa utk korban raya haji (selain portion yg dibahagi2 utk yg layak)
ReplyDelete