cafe hunting!

assalamualaikum

kadang kadang apply cuti bukan nak pergi mana sangat, lebih kepada nak berehat dan santai santai dengan family.. amek peluang hari cuti untuk settlekan beberapa perkara lepas tu ajak suami dan anak lepak cafe.. reward diri dengan makan sedap sedap.. sesekali takpe macam ni kalau hari hari botak jugak kepala.. haha

pilihan kami untuk itu hari, pastelmonomy! erk sebenarnya pilihan aku, suami layankan je.. kehkehkeh

kebetulan tengah scroll tiktok lalu pulak video cafe ni kat FYP aku lepas tu nampak sedap je apa kata kita try jela kan alang alang dah tengok.. ihiks.. terima kasih encik suami sentiasa memenuhi kehendak isterimu ini walaupon aku bersungut itu dan ini.. biasala perempuan bab makan je pon nak cari gaduh.. πŸ˜‚

sementara tengah que nak mengoder tu kan boleh la cuci mata tengok segala mak nenek pastry ni.. πŸ˜‹

dan sini jugak.. πŸ˜‹

aiskrim matcha chibana.. chibana ni owner dia isaac osman tau.. masa khairul aming datang sini idokla kami rajin nak beratur.. ramai sangat umat manusia weh..

anak aku merengek nak aiskrim, tapi dia tak pernah rasa pon aiskrim matcha tapi nak jugak.. faham tak perangai budak budak ni kan kalau nampak aiskrim laju je mintak.. so bapaknya belikan untuk dia tapi tu la rasa sikit lepas tu taknak.. siapa kena habiskan? mestila maknya, bapaknya rasa sikit lepas tu taknak😏 aku sendiri pon tak mampu nak habiskan sebab tak kena dengan tekak.. aku bukan penggemar matcha.. ihiks..

so inilah lunch kitorang..
sweet potato fries, spageti carbonara chicken, salted egg chicken with rice
teh O ais limau, latte ais

ikut tekak aku semua sedap dan boleh repeat lagi insyaAllah.. banyak lagi menu lain yang ada.. pastry dan kek tu pon aku tak rasa lagi.. ni alasan kukuh untuk pergi lagi bulan depan kan? kehkehkeh.. alhamdulillah untuk rezeki yang Allah SWT bagi.. dapat hadiahkan diri sendiri dengan makanan sedap.. ni pon dah cukup membahagiakan.. 😊

tak lupa jugak untuk mencuba makanan viral ni.. soft cookies cicah susu!
pernah je makan soft cookies tapi tak tau pulak lagi sedap kalau cicah susu ais.. korang wajib try okay! haha

bye!
xoxo

8 comments:

  1. Tganu sekarang banyak giler cafe2 lawa kan. Tak sempat nak pergi semua. Memang menarik perhatian warga Tganu untuk mencuba. Sesekali reward diri untuk makan-makan memang best kan..

    ReplyDelete
  2. haisyh...kalau bab cicah2 nie memang sedap...

    ReplyDelete
  3. Soft cookies tu tengah viral kan... PH belum try lagi
    Once a while why not reward ourself kan πŸ‘

    ReplyDelete
  4. wahhh ChiBana isaac osman punya ye? sedapnya lah hai reward diri cmni hehe.. duk lalu lalang juga soft cookies tu.. nanti nak kena try jugaklah hehe

    ReplyDelete
  5. saya pun suka part jalan2 cari makan ni dan matcha is one of faberet
    makanan nampak semua sedap eh

    ReplyDelete
  6. Kita sama sis! Kadang2 scroll IG tiba2 lalu review tempat makan yg sedap apa lagi terus save dan ajak asben / kawan2 pergi bila weekend hehe

    ReplyDelete
  7. Fries tu nampak sangat menarik. Kena cuba jugak ni.

    ReplyDelete
  8. seronok nya cafe hunting.. cantik je cafe nya, foods pun looks yummy!!!

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!