hadiah untuk cikbibah

assalamualaikum

itu hari dah hadiahkan diri sendiri dengan seketul tablet, eh cikbibah pon kemain mintak hadiah jugak dengan aku ye.. so tunaikan permintaan cikbibah yang dah lama mintak tukar exzos dan radio.. kehkehkeh..

rabak dah exzos pon.. 🤧

pagi sabtu suami bawak cikbibah tukar exzos.. masa check kat perodua katanya bocor kat belakang je.. sekali operate nahh kau banyak jugak bocor.. alang alang tukar jela seketul terus..

done tukar!

aku pilih exzos biasa biasa je janji ada exzos cikbibah aku tu.. kalau ada colour pink harus aku pilih pink tapi takpe la biru pon comel.. ihiks.. dah settle tukar exzos, petang tu pulak tukar radio.. kalau tak rosak memang takdenya aku tukar baru.. amekla radio yang jenis android tu boleh connect wifi boleh install apps macam macam..

tukar kasi cun cun okay! 😙

random je masuk kedai nak tukar radio ni sebab tak tau kat mana paling terbaik dan murah.. nampak kedai aksesori kereta kira yela tu.. masa ni dah petang sangat banyak kedai dah tutup.. jadinya malas nak memilih sangat mana yang nampak masih bukak kita terjah.. 😁

anak aku dah rasmi tengok youtube upin ipin..

puas hati sangat dapat tukar apa yang patut kat cikbibah ni.. dah sebelas tahun cikbibah berkhidmat untuk aku memang banyak benda la kena tukar.. nak tukar semua sekaligus mana nak cekau duit.. dapat tukar sikit sikit syukurla tu.. asalkan cikbibah masih gagah perkasa bawak aku ke sana sini mencari rezeki demi sesuap nasi.. kehkehkeh..

kita struggle tau kumpul duit tapi orang tak nampak.. yang orang nampak kita beli macam macam.. lepas tu nak kondem sana sini.. huhu.. nasib baik aku penyabar orangnya kalau tak dah lama mulut mulut manusia yang takde insurans tu makan penumbuk.. 😜

bye!
xoxo

6 comments:

  1. betul2 dpt tukar sikit2 alhamdulilah kan.. ni cikmeera kita pun minta jumpa 'doktor' gak ni.. ermm nnt la ada duit sket kita bawa jumpa doktor check mana2 yg 'sakit' tu

    ReplyDelete
  2. Oh, tak sangka jugak ada ekzos kaler biru, ingatkan semua tak ada kaler, hehehe. Cantiklah radio baru dia ada screennnn.

    ReplyDelete
  3. Ayat last tu betul sangat, susah kita org tak tau pun huhu... Tapi takpelah, duit kita biaq pi la kat kita 😁
    Semoga cikbibah kuat & sihat utk terus berkhidmat 💪

    ReplyDelete
  4. haah org lain tak nampak. kita rakyat marhain kena kumpul sikit2 hehehe

    ReplyDelete
  5. betul2...kadang nak bercerita pun tak sampai hati...jadi kita up dekat blog je...sebab tak dengar orang mengata..hahaha

    ReplyDelete
  6. Lama cik bibah ni berkhidmat ya. Banyak memori manis bersama ni.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!