breakfast kat kedai kopi ngabang

assalamualaikum

cerita ni kalau ikutkan dah basi, makanan yang aku makan tu pon dah hadam elok tapi macam biasa la aku kan penulis blog yang busy.. ni baru ada masa nak update.. ihiks.. cuti sekolah seminggu itu hari ada la bawak sofia teman aku kat tempat kerja.. alang alang dah bawak dia, bawak la breakfast kat kedai kopi bukan selalu pon dapat peluang macam ni.. gunakan masa yang ada.. haa gittew..

kedai kopi ngabang ni tak jauh pon dengan tempat kerja aku.. buka awal pagi dan tutup dalam pukul 11 pagi macam tu.. memang dibuka untuk makan pagi jela.. kebetulan pulak kedai tu letaknya dekat sangat dengan office kawan aku, so ajak dia join sekali.. nasib baik dia tak busy, aku main ajak je kan.. 😁

aku pilih nasi lemak si sofia nak makan roti bakar katanya..

gembira dapat roti tapi sudahnya mommy yang kena habiskan.. dia paw nasi lemak mommy.. 😑

aku pernah datang breakfast kat kedai ni dua tiga kali jugak dan akan repeat lagi lain kali sebab roti bakar dan nasi lemaknya sedap! kopi kat sini pon not bad kena dengan tekak.. harga pulak sangat berpatutan dan paling suka dekorasi kedai ni sangat sangat unik! tapi tu la lupa pulak nak snap gambar suasana dalam kedai.. ihiks

bye!
xoxo

10 comments:

  1. akak tergoda nengok nasi lemak telur dia tu helok je terletak

    ReplyDelete
  2. sesungguhnya nasi lemak mommy mmg nampak menyelerakan! hahaha

    ReplyDelete
  3. dia dah nampak nasi lemak decor semua dia lupa nak rakam

    ReplyDelete
  4. Nasi lemak tu sedapnya tapi nampak pedas sambalnya tu......

    ReplyDelete
  5. Mommy-Daughter panjang langkah ye bila ke sekolah. Sesekali mkn kt kedai smpai melepak dgn kwn best jgk kn

    ReplyDelete
  6. betul kata dana....helok je telur kat nasi lemak tu, menggoda sungguh kannn

    ReplyDelete
  7. kat area mana ni? mana laa tau sy dtg ke sana nanti boleh singgah...

    ReplyDelete
  8. Nampak menyelerakan Nasi Lemak tu :D

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!