makan makan kat jiwa

assalamualaikum

macam biasa kalau hujung minggu jarang sangat makan kat rumah kecuali hujung hujung bulan tengah tunggu gaji masuk.. kehkehkeh.. so semalam lepas ambil sofia kat pusat tuisyen, tiga beranak ni pergi la makan.. aku cadangnya nak makan ayam penyet tapi si anak dara request nak makan pizza pulak.. terus ke cafe jiwa, kopi dan bingsu sebab pizza kat situ kegemaran sofia.. ikut tekak anak dara jela dulu.. nanti nanti baru makan ayam penyet.. 🤧

chicken pepperoni pizza - sofia punya

nasi ayam berempah - papa sofia punya
bapaknya tekak melayu memang nak nasi je manjang 😆

chicken wrap with nancos cheese - aku punya

iced lemon tea untuk anak dan bapak
maknya minum air soda peach
kek tu penyeri nak jugak manis manis di hujung sebuah kepahitan.. lahhh tiber.. 😂

kami tiga beranak memang suka makan kat cafe jiwa ni sebab sedap.. biasa aku order kopi tapi kali ni malas nak mengopi tu yang try air soda peach sekali sakit perut pulak berulang ke tandas tiga empat kali.. kehkehkeh.. menu menu kat sini memang dah jadi kegemaran kami tiga beranak.. anak aku tak payah cakap la selain spageti dan pasta dia memang suka pizza je.. ihiks..

harga taraf taraf cafe kalau nak makan hari hari memang takla noks.. sebulan sekali dah memadai.. kalau nak jimat lagi datang la setahun sekali takde siapa nak marah.. 😝

bye!
xoxo

7 comments:

  1. cedap tgk piza dia.. sama la hubby aini klau pi mana2 akan cari nasi gak haha..

    ReplyDelete
  2. Semua makanan nampak menyelerakan .. Enjoy your food

    ReplyDelete
  3. sesekali layan tekak dah perut dgn mknan hypster ok juga kan. reward diri sendiri

    ReplyDelete
  4. saya kalau diantara 2 pilihan pizza atau nasi
    maka saya akan memilih nasi
    setelah itu baru makan pizza hehe

    ReplyDelete
  5. wahhhh sedapnyaaaa! kalau ana mkn nasi dulu pastu bedal pizza hehehe

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap sangat semua ni especially pizza tu.

    ReplyDelete
  7. sedap2 semua menu...pernah sampai cafe jiwa kt Jalan Sultan Zainal...jiwang cafe nih...hehe..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!