eid al adha 1445H

assalamualaikum

belum terlambat lagi kan nak ucap selamat hari raya aidiladha.. ihiks.. kita ni busy sangat la wakkk dengan program sekolah lepas raya itu hari tak sempat nak update blog.. kalau kat rumah tak dapat nak update sebab takde laptop.. nak update guna handphone tak feel langsung.. 😁

family potrait 😄

kurang meriah raya haji tahun ni sebab ada adik beradik aku tak dapat balik kampung cuti tak banyak katanya.. terengganu dengan kelantan je kot cuti raya haji lama.. tiba tiba rasa beruntung sangat menetap di bumi terengganu.. kehkehkeh.. tambah pulak kakak dan umi aku tak berapa sihat masa raya itu hari.. so berhuhu jela kami tiga beranak..

bercakap pasal tema pulak, sebenarnya tak plan pon nak tema hitam tapi tiba tiba je jadi hitam.. memandangkan suami aku punya kurta dah ada so on jela tema hitam.. just beli baju untuk sofia sepasang dan blouse untuk aku sehelai.. kain batik tu dapat free.. jimat sungguh raya haji tahun ni.. tak keluarkan banyak modal.. 😆

lepas bergambar hampir seratus keping, kami tiga beranak pergi beraya rumah pengasuh sofia, lepas tu rumah kakak sulong aku dan last sekali lepak rumah abah mertua.. abah mertua aku ada masuk korban satu bahagian.. harap tahun depan ada rezeki aku pulak nak masuk korban.. doakan aku ye korang!

gitu jela ceritera raya haji kitorang.. memang betul betul rasa tak meriah tahun ni.. tapi takpe meriah ke tak meriah kita tetap raikan raya aidilfitri mahupon aidiladha.. hee..

selamat hari raya aidiladha korang semua!

bye!
xoxo

5 comments:

  1. Salam Aidil Adha 1445 Hijrah.. Kemeriah balik beraya mesti la bersama seisi keluarga.. Insyallah next raya pasti semua dapat balik tu :D
    Sy follow blog ini.. Follower ke 976 :D

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya AidilAdha
    Aamin2x...semoga berjaya kita tunaikan korban tahun hadapan...

    ReplyDelete
  3. camat hari raya korban.. umah kak long mmg meriah raya, sbb tu selalu masuk list rumah yang awok kena kunjungi di hari raya

    ReplyDelete
  4. Nice..Sy x beli langsung baju baru..Pakai yg mana ade je =D

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!