assalamualaikum
my journey diet - new chapter
guardian haul~ mr.diy haul~
assalamualaikum
dua hari takde kat sekolah sebab kena pergi kursus jadi tak dapat nak update blog.. ni baru ada kesempatan nak mengadap laptop.. pagi tadi sibuk kat taman kutip kangkung untuk dijual kat cikgu cikgu.. sempat jugak aku rembat kangkung segar seikat.. esok boleh bawak bekal nasi goreng kangkung pergi kerja.. haa gituu mukadimah panjang..
GUARDIAN HAUL
sabtu lepas secara tak sengaja aku masuk dalam guardian konon nak usya usya sekali adik guardian tu cakap beli la kakak, ada promosi beli satu percuma satu.. boleh campur campur barang mekap mana yang kakak berkenan.. aku pon apa lagi bersinar mata pandang kosmetik yang bersusun atas rak.. jom tengok apa aku beli..
MR.DIY HAUL
tujuan masuk diy nak beli periuk je nak hadiahkan untuk umi tapi biasalah kedai bersaka ni.. mana boleh tengok kita banyak duit ada je nak menghasut suruh beli macam macam.. kehkehkeh *tiberrr
OOTD mur mur #8
assalamualaikum
semenjak sibuk dengan urusan pindah tempat kerja, aku dah lama tak update pasal OOTD mur mur ni ye.. kat IG je banyak aku update.. hari hari OOTD paksa semua orang amek gambar aku.. nasib baik dikelilingi mereka yang boleh layan aku bergambar.. 😆
happy birthday umi! 💗
assalamualaikum
23/9 adalah hari umi dilahirkan.. balik kerja semalam singgah beli kek lepas tu celebrate simple simple je sebab faham faham jela golongan veteran bukan macam kita kalau birthday je terkinja kinja nak celebrate.. haa aku la tu.. 😆 sambut awal sehari sebab semalam suami aku tak kerja dan hari ni dia kerja sampai malam.. seronok la sikit suami aku ada sekali kan..
kisahnya di hari raya aidiladha
farewell ceremony
assalamualaikum
diorang raikan aku sempena pertukaran aku ke sekolah baru empat hari berturut turut.. fuhh terharu mujur tak mengalirkan airmata je.. hehe.. rasa sebak jugak la sebab rupanya ramai yang sayang aku.. tak kurang jugak ada sorang dua yang dengki tu kita abaikan toxic people.. tak mendatangkan keuntungan untuk kita pon.. 😆
26/7/2020 (AHAD) - POTLUCK KECIK KECIK KAT PPKI
aku nak story pon ingat ingat lupa je ni, tapi sis cuba okay.. kitorang pakat buat potluck kecik kecik je tapi meriah jugak dengan makanan.. alhamdulillah.. majlis berjalan lancar walaupon simple je.. sesi bergambar tak payah cakap la, kalau guna kodak rasanya dah sepuluh kali tukar kodak dah.. haha
setelah 8 tahun, akhirnya..
assalamualaikum
dalam keghairahan mengupdate entry dengan story pasal birthday. aku terlupa sesuatu yang penting yang perlu aku bagitau korang.. bila belek balik entry lepas baru aku perasan aku banyak sebut sekolah baru tapi tak bagitau secara detail yang sebenarnya aku dapat tukar.. nasib baik cik hani ada update tidaklah korang terpinga pinga sangat kan.. tiberrr 😂
kisahnya begini, dalam PKP itu hari aku ada apply tukar secara online.. sebenarnya bukan masa dalam PKP je, sejak aku dapat posting kat SMKP tu pon aku dah apply tukar.. punya la lama lapan tahun kot menunggu dengan penuh kesabaran.. haha.. lepas tu aku macam tak mengharap sangat yang aku dapat tukar.. naik kerja lepas PKP, member aku ni seorang pembantu makmal jugak dia ajak aku naik JPN.. kiranya buat rayuan untuk pertukaran ni la.. dia nak ke daerah marang dan aku akan ganti tempat dia.. settle naik JPN besar harapan aku untuk tengok result pertukaran aku diluluskan tapi hampa dan kecewa sebab dalam sistem terang terang tulis tak lulus.. 😢
aku pon malas nak mengharap lagi, tu pasal masa tu aku giler giler mendeco makmal bagaikan nak masuk pertandingan makmal berhias.. kisah deco makmal ni pon aku tak update lagi.. kahkahkah.. tapiiiiii nak dijadikan rezeki, tiba tiba dak akma cakap ada berita gembira untuk aku.. masa tu tak terfikir pulak pasal tukar yela tengah kecewa kan.. haha.. tak sangka pulak berita gembira yang akma maksudkan tu pasal pertukaran aku diluluskan.. happy sangat tak boleh nak cakap.. *tipu je boleh je borak sampai tak ingat nak balik.. 😂
kejutan demi kejutan
hai korang~ terima kasih atas ucapan dan doa kalian semua di entry yang lepas.. mintak maaf dan mintak ampun kalau aku tak singgah kat blog korang.. nanti aku slow slow blogwalk okay.. tak habis lagi story pasal birthday ni.. so aku sambung kat entry ni pulak.. harap korang tak jemu.. hikhikhik
kejutan pertama dari bffs~
diorang suprisekan aku awal dua hari sebelum birthday aku.. dak akma call ajak minum kat kedai.. dia cakap kebetulan ada kerja kat situ so ajak la aku minum minum sambil borak kat kedai tu.. aku tak terfikir pulak ni plan diorang.. bukan main lagi selfie nak jeleskan bebudak lain kononnya aku lepak dengan akma.. sekali diorang datang suprisekan aku.. hampeh.. 😂
officially 35 years old
dua tiga entry ni asyik cerita pasal birthday je kan? nanti aku update story lain yang banyak sangat tertunggak.. bagi aku bertenang kejap.. eh macam orang kisah sangat.. 😂 12 september 2020 genap la umur aku 35 tahun.. sis dah tua uols tapi jiwa tetap muda.. haa gittew..
suprise birthday untuk geng rapat
aku memang suka happykan kawan kawan aku.. bila kawan kawan aku happy aku pon rasa bahagia.. cara paling mudah nak happykan kawan kawan ni dengan suprisekan diorang masa birthday diorang.. tapi untuk geng rapat aku jela.. yang tak rapat tu tak tau la.. happyla korang dengan cara tersendiri.. 😂
1. suprise untuk dak sima
my journey diet - air tanpa gula
lama dah tak update pasal diet aku ni yela sekarang aku tengah hanyut di lautan dalam.. dah banyak kali restart tapi tetap hanyut.. haha.. kalau tengah on diet elakkan cheatday banyak hari sebab akan jadi macam aku ni la.. nak mula balik payah oi tapi kena kuatkan semangat dan kalau boleh jangan stress sangat.. enjoy your journey diet.. haaa gittewww.. pandai nasihat orang tapi diri sendiri tak tau macam mana.. 😂
harini nak cerita pasal air yang selalu aku minum masa diet selain air masak 2-3liter yang pasti tanpa gula.. bukan nak cakap gula tu jahat tapi aku diet memang tak amek gula.. atas badan masing masing, kalau boleh diet tanpa gula teruskan kalau tak boleh jangan paksa..