beli drawer besi ikea dan bekas tisu kat shopee!

assalamualaikum

lamanyaaaaaa rasa tak meracun korang shopping kat shopee 😜 aku duk meracun kat instastory je kadang kadang malas nak bukak laptop itu yang terabai je blog.. kihkihkih.. alang alang takde kerja nak dibuat, racun korang la kejap..

bergaya je kan bekas tisu aesthetic ni.. sis budak tiktok baru nak up, baru kenal binatang apa aesthetic tu.. kehkehkeh

aku beli bukan untuk rumah tapi letak kat workspace aku.. takde rumah sendiri nak mendeco deknon.. deco jela workspace yang sekangkang kera itu.. 😄 ikutkan boleh je beli bekas tisu kat kedai eco tapi biarlah.. aku nak jugak beli yang nampak macam aesthetic.. tak habis habis dengan aesthetic dak ezy ni.. kahkahkah

kacak sungguh drawer ni.. ihiks

dah lama mengidam nak drawer besi ikea ni, ada rezeki lebih dapat la beli.. yang ni pon aku letak kat tempat kerja.. boleh letak barang barang peribadi aku.. nampak la kemas sikit workspace tu dan tak makan ruang sangat.. sebelum ni letak rak kat belakang meja, tapi nampak serabut itu yang tukar letak drawer besi ni.. nanti aku update pasal workspace aku ni, sekarang dalam proses nak ubahsuai sikit sikit banyak benda lagi tak siap.. hee..

kadang kadang benda macam ni pon boleh buat aku happy dan bahagia.. semangat nak pergi kerja bila workspace kita cantik dan kemas.. ada orang berpendapat, ala tempat kerja je pon buat apa membazir beli tu semua, tapi pendapat aku pulak lain.. jadi raikan saja perbezaan ni.. yang penting tak guna duit orang.. 😝

bye!
xoxo

12 comments:

  1. akak pun ada niat nak beli drawer besi tu, tapi tak checkout lagi hehehhe

    ReplyDelete
  2. Dah lama usha drawer ni tapi belum rasa nak beli lagi..hehe

    ReplyDelete
  3. betul2...bila kemas teratur semua, sedap la mata memandang & automatik mood best jer..kan

    ReplyDelete
  4. dah lama duduk dlm troli jugak tp belum check out ahaksss! nampak gaya mmg bakal teracun jugak nanti hahaha menciiiii~

    ReplyDelete
  5. Drawer tu memang sangat la kacak.ada satu kat rumah.macam nak beli satu ag ltk kt mkml lak.heee

    ReplyDelete
  6. Semoga lebih bersemangat untuk bekerja bila ada deco aestathic macam ni. Hehr

    ReplyDelete
  7. haipp..nak meracun kita ye...drawer besi ikea tu kita dah ada tapi...hehehe
    tapi cantik bekas tisu tu, sangat aesthetic! Macam teracun je.. ehhhhh....

    ReplyDelete
  8. tempat kerja kemas, nak buat kerja pun rasa best je...cantik rak besi tu...

    ReplyDelete
  9. tak membazir pun kalau cantek2 kan workstation kita. Sebab kita jugak yang nak menghadapnya. Lagipun stay kat satu2 workstation tu lama. Mau nya sampai pencen duk hadap workstation sama aje. wajar la kalau nk deko cantek2, nak jamu mata . baru la seronok nak g kerja

    ReplyDelete
  10. drawer ni hot item ikea.
    tapi aida xde. sebab x tau dah nak letak apa :) ha ha ha ha...
    aida memang shopper ikea tegar.
    deko kat rumah mostly item ikea tau.
    nice. practical. and it is white, i love white!

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!