eh eh jom heboh!

assalamualaikum

event besar macam jom heboh agak lama tak menjengah ke bumi terengganu.. seingat aku la last pergi jom heboh masa tengah sarat mengandungkan si sofia.. gigih sungguh masa tu bawak perut tapi tak sempat round sampai habis dah ajak suami balik sebab penat.. πŸ˜… niat hati nak pergi hari jumaat tapi hujan tambah lagi dengan jem nak masuk pon tak boleh so bawak diri ke mall jela.. sofia cakap hujan tak payah pergi jom heboh, kita pergi ktcc je sofia nak beli mainan.. ktcc kan ada atap.. baiklah nak.. baiklah.. bab bercakap serah je kat kamu, kamu menang.. πŸ˜†

amboiii happy la tu dapat ngepaw papa

hujan kat luar, dalam mall kena aircond, elok sangat la isi perut dengan hot plate ni.. so yummy! lama betul tak makan.. πŸ˜‹

hari sabtu pulak jadual penuh dengan kenduri sana sini.. harapan nak ke jom heboh agak malap.. tapi teruskan jela hidup dengan penuh ketenangan.. kehkehkeh.. siap siap pagi sabtu tu, terus ke bandar memenuhi jemputan majlis kahwin kawan kepada encik suami.. lepas tu terus ke besut ada majlis kesyukuran kat rumah kakak ipar..

matchy matchy dengan anak dara 😘

perjalanan dari bandar kuala terengganu ke besut lebih kurang dua jam lebih ye.. elok kenyang dah lapar balik bila sampai kat sana.. πŸ˜… kat sana jumpa sedara mara ramai jadinya agak lama la berborak.. agak agak dah penat makan dan bersembang baru gerak balik.. dalam kereta sofia dah berzikir nak pergi jom heboh.. katanya nak bergambar dengan spiderman la, robot la.. tak sampai hati nak hampakan dia, terjah jugak la jom heboh lewat petang tu..

tanda hadir

nasib baik hujan manja manja je boleh la melayan budak ni nak sangat pergi jom heboh.. dia ingat macam taman permainan kot.. haha.. sofia tercari cari mana spiderman, batang hidung spiderman tak nampak.. agaknya spiderman dah balik kot yang jumpa maskot rabbit lepas tu robot transformer.. tercapai jugak cita cita sofia nak bergambar dengan maskot.. tak dapat spiderman, rabbit pon jadila.. hihik..

bukti bergambar dengan rabbit πŸ˜›

dah puas hati sofia dapat bergambar dengan rabbit, baru la kitorang boleh pusing dengan tenang dalam tu.. tapi disebabkan ramai sangat orang, penuh sesak dekat booth makanan tu, kitorang beli mana yang sempat jela.. dapat la merasa air vanilla supreme dari booth ngopi kuantan dan jugak beli crepe durian lupa nama kedai tapi sedap! πŸ˜†

RM10

RM13

tak lama pon kitorang pusing dalam tu, sofia pon dah penat.. gerak balik jela takde beriya sangat kitorang nak tunggu sampai malam.. πŸ˜… walaupon kejap tapi okay la dapat penuhi permintaan sofia nak bergambar dengan maskot.. budak budak tiktok cakap "ejah sikit buat rasa rasa" kehkehkeh..

langit pon dah gelap

kalau orang kampung tanya, pergi ke tak jom heboh.. boleh la dengan bangganya jawab mestila pergi! walaupon sekejap.. 😜 tapi tu la, tak pulak aku terserempak dengan artis ke, tiktokers famous ke, instafamous ke.. kalau tak boleh jugak ajak berselfie seketul dua.. boleh tayang kat instastory.. boleh eksyen dengan kawan kawan.. tapi nan hadoooo! πŸ˜†

bye!
xoxo

8 comments:

  1. Jom Heboh ni dulu pertengahan 2000an memang fenomena..
    Tahun 2008 kat Bukit Jalil..saya pi ..diinterview wartawan Mingguan Malaysia..
    Esoknya masuk MM..uiii heboh (Dalam famili la)
    Zaman saya muda blm ada IG bagai🀭
    Simpan gambar-gambar tu untuk kenangan Sofea 10 tahun akan datang🀭

    ReplyDelete
  2. test~ test~ hai ezy im backkk! ehehehe~
    wahhhh sempat juga tunaikan hajat anak dara ye hehe
    lps dah beralih fasa endemik ni jemputan kenduri meriah semula hehe

    ReplyDelete
  3. Petang-petang tu instafemes semua dah balik agaknya. Nasib baik Sofia tak ajak naik belon

    ReplyDelete
  4. LZ kena repeat jalan ke Terengganu, banyak tempat belum explore lagi... Lama tak dengar Jom Heboh.. LZ pernah pergi Jom Heboh di Bukit Jalil dah bertahun lamanya..

    ReplyDelete
  5. Bestnya Sofia jalan-jalan kat Jom Heboh!
    Akak terliur tengok hotplate tu yumm yummm!

    ReplyDelete
  6. Bijak Sofia. Dapat jugak dia mengepau. Ada udang sebalik batu rupanya dia. hehehe..awat masam bergambar dengan rabbit tu?

    ReplyDelete
  7. lama x pegi event mcm ni...seronok Sofia, makanan sedap, berbaloi beli..

    ReplyDelete
  8. Tak pernah lagi aku pergi Jom Heboh. Jadi takleh nak heboh2 kat orang...ihiks..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!