petanque dan bola jaring

assalamualaikum

kalau tahun lepas aku masuk pertandingan suka suka main badminton, tahun ni cuba nasib main petanque dan jugak bola jaring.. hakikatnya tak pandai main pon ala saja nak suka suka.. sesekali munculkan diri dalam program sekolah barula tak nampak macam katak bawah tempurung.. haa gittew.. πŸ˜›

kalah takpe yang penting ada gaya

peserta petanque ni ramai, meriah jugak jadi berlangsungla acara petanque untuk dua hari.. satu team ada tiga orang.. serentak main empat gelanggang.. satu gelanggang tu akan bertanding tiga team.. memula aku ingat main kalah mati, rupanya main liga.. so sempat la merasa main tiga game lepas tu kalah.. kehkehkeh.. disebabkan kalah awal, esoknya takde dah aku dapat main.. mereput dalam makmal jaga budak jawab kuiz kimia.. πŸ˜‚

seumur hidup, ni kali pertama aku main petanque tau.. orang cakap boleh la sekadar nak kan pengalaman tu kan.. mana tahu tiba tiba tahun depan aku terer main lepas tu jadi juara.. haa dasyat tak dasyat? berangan kan percuma tak salah pon.. 😝

team bola jaring
ada dua tiga orang tak masuk dalam gambar sebab balik awal.. mungkin ada hal penting kot..

untuk bola jaring pulak satu team tu ada empat orang.. kitorang main guna satu tiang je.. satu game main selama lima minit.. oiiii lima minit pon mengah.. rasa nak terkeluar jantung maklumla dah tua.. kehkehkeh.. dan macam biasa bila aku masuk je pertandingan mesti akan kalah.. tak bernasib baik sungguh tahun ni.. mesti menyesal siapa satu team dengan aku.. kahkahkah.. okay gurau yang penting kita enjoy! πŸ˜‰

ni team aku..
walaupon kitorang dapat tempat tercorot, kitorang tetap maintain jelita.. ahaks..

seronok jugak sekali sekala join sukan macam ni.. kurang kurang dapat jugak bakar lemak yang bertenggek kat badan ni.. walaupon agak tak cukup oksigen nak berlari tapi tetap jugak bersemangat.. haha.. terima kasih KKGS anjurkan sukan untuk kami.. dengar khabar angin macam ada pertandingan bowling pulak lepas ni.. boleh saya join? πŸ˜†

bye!
xoxo

18 comments:

  1. waa rindunya nak main petanque.. sy dulu join sukan petanque.. Bola jaring pun selalu main juga.. Sy jadi GA.. rindunyaa nak main bola jaring.. huhu

    ReplyDelete
  2. Seronoknya dapat bersukan. Mrs. A pun tak pernah main pentaque tu tapi bolajaring memang sukan favorite. Kalah takpe yang penting supportive.

    ReplyDelete
  3. meriah sana sini bersukan, pentanque ni menarik kan... akak tingin jgk cuba tp itulah nak berpanas tak tahan... bola jaring last akak main masa mula2 masuk kerja tahun 2007 pastu tak main dah hahhahha

    ReplyDelete
  4. Main ni masa zaman sekolah je.. Dh keje mls nak join hehehe

    ReplyDelete
  5. hahaha betul tu yg penting jelita semuanya..
    VM tak pandai main bola jaring >.<

    ReplyDelete
  6. bagus ada aktiviti mcm ni...plus seronok pun yer..sesekali kan, apa salah nya

    ReplyDelete
  7. seronoknya hari sukan kat sekolah..

    ReplyDelete
  8. Saya bab bersukan ni kurang aktif dan kurang tahu..Bola jaring sampai dah tua pun saya tak tau undang-undang dia🀭

    ReplyDelete
  9. wahhh wahhh petanque! biarlah kalah pun asal bergaya ahaksss!

    ReplyDelete
  10. Eh eh! haah lah blog ana kat list ezy mcm dah up to date latest entry! yeayyyy~

    ReplyDelete
  11. Baru tahu ada acara sukan petanque ni. Okaylah sesekali kita join memeriahkan suasana.

    ReplyDelete
  12. Berseronok ketika bersukan itu yang penting, menang kalah tu lain cerita πŸ˜†

    ReplyDelete
  13. meriah.. lagipun awak pandai main bola jaring. saya tahu awak pandai dalam bidang apa.. jawapan : kawad kaki.. hehe

    ReplyDelete
  14. lama tk main bola jaring..dlu masa zaman anakdara mmg aktif.....slalu main WA/WD tp tiba2 coach tukar position jd shooter...GA/GS

    ReplyDelete
  15. bestnya..join sports competition...dah lama x main bola jaring...dah veteran ni, sukan petanque, sesuai lah kot...hehe..

    ReplyDelete
  16. aida kenal petanque tu dari anak-anak.
    zaman skola dolu mcm tak pernah dgr sukan ni.

    aida bukan kaki sukan :)
    tukang sorak boleh la ha ha ha ha...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!