menyinggah ke pesta makanan thailand

assalamualaikum

scroll tiktok duk lalu lalang video pasal pesta makanan thailand yang bertempat di batu buruk.. ejah sikit dengan suami ajak ke sana.. nasib baik suami aku jenis follow je.. berani ke tak follow? nanti bini dia merajuk, bini dia pujuk diri sendiri.. suami aku bukan reti pujuk pon, nak merajuk sangat padan muka aku.. kehkehkeh

baru baru ni kontroversi jugak la pesta makanan thailand ni sebabnya netizen cakap harga mahal lepas tu peniaga peniaga tak pulak pamerkan harga kat menu masing masing.. kena serbu dengan pihak atasan, ada pulak peniaga larikan diri.. aduhai macam macam.. tapi kontroversi ke tak, aku tetap jugak menyinggah kat situ.. ๐Ÿ˜…

mula mula sekali beli pulut mangga.. sedap ni cukup lemak cukup manis cukup segala rasa

lepas tu try pulak pankek ala ala krabi yang ada pisang kat dalam.. sedap jugak tapi manis coklat tu tahap potong kaki.. ๐Ÿ˜†

aiskrim ni nampak menarik dalam tiktok, so kita try.. ni boleh bagi 10 bintang!

pusing pusing, terjumpa crepe ni nampak menarik jugak very colourful.. ihiks.. so beli la dua.. seketul RM5 lepas tu menyesal beli tak sedap dan mahal.. kalau gini, baik beli crepe yang jual kat vendor vendor je lagi sedap.. huhu

banyak lagi makanan makanan yang ada tapi tak la aku nak beli semua.. satu menu harganya RM10 matila nak kalau nak borong semua.. ๐Ÿ˜… beli dua tiga jenis ni pon rasa dah menyesal sangat.. kehkehkeh.. oh ya sebelum gerak balik sempat jugak la beli kerabu kaki ayam tapi mahal nak mati.. semangkuk RM15.. disebabkan diorang tak pamer harga tu la aku main beli je.. menyesal pon tak guna nasib baik kerabu kaki ayam tu sedap..

berbaloi ke tidak menyinggah kat pesta makanan thailand ni? aku nak cakap tak berbaloi, tapi makanan sedap.. nak cakap berbaloi macam tak berbaloi sebab harga mahal.. entah la, tepuk dada tanya selera.. ehe

bye!
xoxo

11 comments:

  1. pulut mangga tu fav...lama tk mkn...kalo festival makanan thai ni kdg2 certain menu harga nya mhl tp skali skala nk mkn okla

    ReplyDelete
  2. pantai batu buruk rindu nya akak... teringat pertama kali kenal beli lokching dengan sosej p ulut yg sedap dekat situ, sampaikan masa family dtg utk konvo adik kt unisza pun beli situ jugak sampai depa semua jatuh cinta hahahahha. Pesta thai ni kadang nasib-nasib dapat makanan sedap kadang kureng, pastu harga dahla boleh tahan mahal

    ReplyDelete
  3. wahhhhh! pernah jugak pegi ThaiFood Festival mcm ni haritu & harga mmg agak mahal jugak mujurlah yg dibeli masa tu sedap2 aje kalau tidak heshhhh gerammm juge hehehe

    *alamak blog ana ada update tp kat list kwn2 mcm tak updated pulak.. hermmm mslh apa lah pulak blog daku itu ye sobss sobsss T__T

    ReplyDelete
  4. Dulu-dulu kalau pesta makanan thai ni flat price RM5 je… dululah… sekarang dah RM10. Pricey juga ya.

    ReplyDelete
  5. Nampak menarik semua makanannya...
    Tapi betul la sekarang pesta makanan macam tu semua mahal..Masa nak beli teruja..Lepas makan menyesal๐Ÿคญ

    ReplyDelete
  6. Lama tak jumpa pulut warna pink. Dulu sedara selalu buat pulut kacau/wajik warna pink ..sedapnya!
    Kadang tu ikut rezeki juga ..mahal x semestinya sedap, murah pula kadang tu lagi sedap, kan?

    ReplyDelete
  7. pulut.mangga dan jelly kelapa tu kalau.nmpak.memanggg beli

    ReplyDelete
  8. Betullah Ezy, sekarang festival food Thailand harga di bukan main. Tapi kalau harga setanding rasa sedap tu okaylah jugak.

    ReplyDelete
  9. sedapnya aiskrim kelapa....kenapalah tak nak pamer harga, takut pelanggan tak nak mampir...hehe...

    ReplyDelete
  10. pesta2 macam ni biasanya mahal. sebab memang tahu tu tumpuan orang akan datang. Btw, crepe yang very the colorful tu aku tengok pun nmpk berkenang. rupanya tak sedap rasanya ye...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!