belajar dari pengalaman lalu

assalamualaikum

untuk elak kena tipu, kita orang perempuan kena amek tau serba sedikit pasal kereta.. pernah jadi kat aku awal tahun lepas, on the way nak pergi kerja tiba tiba simbol bateri menyala.. panic tak payah cakap tapi tetap nak nampak cool teruskan pemanduan sampai ke tempat kerja.. bila dah sampai kat tempat kerja hati tak tenang memikirkan kereta.. google punya google dapat jawapan so berdesup ajak suami ke bengkel kereta..

*pic from google
ingat ye kakak kakak sekalian, bila simbol ni menyala BUKAN MASALAH BATERI..
jangan biarkan diri kita ditipu oleh mereka yang tak jujur..

nak dijadikan cerita, entah macam mana suami aku cakap kena singgah kedai bateri dulu.. sampai sampai je kedai tu terus si jantan keparat tak guna tu suruh aku tukar bateri padahal bateri kereta aku masa tu baru setahun kot guna.. mulut aku pulak masa tu tak pulak nak menidakkan tindakan dia sukati tukar bateri kereta.. aku macam merelakan diri ni ditipu.. siap tukar semua dah bayar baru dia cakap, kena check balik kat bengkel kereta.. hoi hangin giler aku masa tu.. tapi nasi dah jadi bubur, kena redha jela..

tersadai tapi semalam dah cerdik takde singgah kedai bateri, terus pergi bengkel

semalam pergi kerja suami aku hantarkan sebab nak repair tayar bocor.. lepas tu aku mintak balik awal dengan boss, ada urusan sikit kat JPJ.. tapi malangnya nasib aku semalam, tak sempat sampai JPJ pon kereta buat hal.. simbol bateri menyala masa suami aku on the way nak amek aku kat tempat kerja.. masuk kereta dia bagitau, simbol bateri menyala.. aku cakap bawak pergi bengkel terus, kalau sempat baru pergi JPJ..

mekanik cakap alternator rosak, so tukar jela baru.. macam tu la ye bila kereta dah habis bayar.. dia akan buat perangai sikit sikit.. takpe mommy sabar je dengan perangai kamu ni cikbibah.. mommy tetap sayang kamu.. 😅 kesimpulannya memang tak sempat pon aku nak ke JPJ.. tersadai kat bengkel sampai pukul 4.15 petang.. takpe la mungkin ada sebab dan hikmah yang tersembunyi.. berlapang dada.. kita manusia hanya merancang.. Allah yang tentukan.. Allah Maha Mengetahui segalanya.. 😊

sedikit pesanan untuk semua terutamanya kaum wanita.. andaikata kereta korang jadi macam kereta aku ni, simbol bateri menyala.. pastikan korang matikan radio, aircond.. lepas tu memandu dengan tenang ke bengkel kereta.. lepas tu suruh mekanik check.. kemungkinan ada masalah alternator dan bukan masalah bateri.. ingat jangan sampai kita kena tipu.. 😁

bye!
xoxo

9 comments:

  1. pernah kena mcm ni jugak, tapi mujur bila tukar beteri kereta tu bateri lama tu simpan, jadi boleh guna kt kete lagi 1.... sbb ingat beteri kong sedangkan tak sampai setahun tukar beteri,... sbb alternator jugak

    ReplyDelete
  2. simbol bateri menyala tu kene alert hehe tp sekarang ni klw bawa kereta kene tgk jgk tayar. mcm sy aritu tayar bcor dan kempis. Ya Allah nasib baiklah jadi dlm opis so guard yg tengok tayar kita da kempis dia yang panggilkn. kita bawa menonong je. so kene alert jgk bateri + keadaan tayar ms kita tgh bawa kereta.

    ReplyDelete
  3. orang mudah2 nak buat duit. memang akan suruh tukar itu ini. sekarang ada kedai yang tak bagi kita masuk dalam bengkel masa keje pembaikian sebab tak nak kita nampak dia buat kerja.. ada kes, cakap dah tukar barang baru rupanya pakai semula barang lama. lagi la kita perempuan. senang2 nak tipu

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah hubby ex mekanik perodua. tahu lah sikit bab kereta. itulah nk tipu agak2 la. terutama kaum wanita

    ReplyDelete
  5. Takpe sabar dan sentiasa berfikiran positif pasti ada hikmah di sebaliknya asalkan jangan marah-marah.

    ReplyDelete
  6. Hihihi...
    Kalau dah nama perempuan memang cepat gelabah bab kereta..
    Betul dah tu..pengalaman memgajar kita

    ReplyDelete
  7. i olls pon bila bab kereta buat hal ish ishh mmg gelabah call adik / abang supaya tak kena tipuuu kehkehkeh

    *alhamdulillah i olls sihat-sihat aje ehehe

    ReplyDelete
  8. Thanks fr sharing. Saya pun kurang pandai bab kereta ni. Awak takpe jugak ada suami, saya takde so kena fikir sendiri. Haha

    ReplyDelete
  9. Akak akan gelabah kalau kat dashboard tu menyala lampu yang bukan-bukan 😊 memang tak boleh serah kereta je kan… kena ambil tahu juga. Kalau tak masak kena kelentong!

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!