aidilfitri 2022 very kalut kalut

assalamualaikum

dah masuk kerja baru berpeluang nak update blog.. kat rumah laptop tersadai tepi dinding mana sempat nak update, tapi kalau update kat social media lain boleh je sebab handphone sentiasa kat tangan.. kehkeh.. raya korang kalut ke tak? aku takde kalut mana cumanya kalut ribut jugak kemas barang nak balik kampung suami.. kita hanya merancang tapi Allah yang tentukan segalanya.. perancangan Allah lagi hebat bukan? 😊 

kalut ke ribut ke taufan ke gambar raya tetap onz.. haa gittew.. 😆

tahun ni aku pilih tema purple, suami aku jenis tak kisah dia memang ikut je.. tiada episod gaduh gaduh manja pilih tema untuk raya.. dan tiada jugak episod bermasam muka nak balik raya kampung mana dulu sebab kitorang satu negeri lain daerah je.. pagi raya sana, petang balik sini.. adil dan saksama.. 😆

gambar outdoor pon kena ada walaupon anak dah malas nak senyum sebab dah penat melayan maknya bergambar sampai penuh memory.. kehkehkeh.. kisah pulak mommy, janji gambar mommy helok kat situ.. 😝

sakan sungguh raya tahun ni setelah dua tahun kita semua beraya dalam keadaan sendu.. rindu sangat suasana raya macam ni kan dan alhamdulillah tahun ni kita dapat merasa.. paling penting dapat raya dengan family dan saudara mara.. harapnya tahun tahun seterusnya raya kita tetap meriah..

selamat hari raya aidilfitri dari kakak ezy sekeluarga.. maaf zahir dan batin.. 😍

bye!
xoxo

7 comments:

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Taqobbalallohuminna waminkum

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya 2022. Bagus kampung dekat-dekat. Takde lah masam mencuka nak ikut turn.

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir & batin..

    ReplyDelete
  4. sweet je color light purple... sama, kat umah memang x leh nak update blog..IG & FB ok..sbb guna hp je. blog kena guna pc jugak..baru best. kan???

    ReplyDelete
  5. hahaha panjang betul muncung dia. Selamat Hari Raya :)

    ReplyDelete
  6. Selamat 'hurry raya' 😄 Moga Allah limpahkan rezeki dan sihat sihat saja dalam bulan Syawal nih. Amin

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!