persiapan sambut aidilfitri

assalamualaikum

alahai sedar sedar je dah 22 ramadhan arini ye.. busy bebenar la kakak korang ni, baru berkesempatan nak update blog.. apa khabar korang semua? baik baik je kan? hehe.. semoga sentiasa sihat la hendaknya.. kemain skema lagi pembuka bicara entry kali ni.. 😁

seawal tiga minggu sebelum puasa lagi aku dah prepare baju raya.. sedang elok lepas habis kuarantin terus pecut ke mall untuk beli baju raya aku dan sofia.. yang bapaknya tak susah sangat nak cari, last minit pon okay.. ihiks.. so settle untuk raya pertama.. lepas tu baru la aku beli sikit sikit kat shopee..

ini la hasilnya~ cukup sampai raya keempat.. sakan raya tahun ni ye.. 😆

purple dan pink beli kat butik yang sama.. sekali beli dua pasang geleng kepala laki aku.. 😙 yang hijau dan blue grey tu beli kat shopee je tapi seller yang sama.. ala murah murah je semua baju raya aku.. janji cantik dan selesa.. nanti aku belanja OOTD okay tu pon kalau korang nak tengok la.. ala tengok la pleaseee.. eheks.. #tiberrr

yang anak punya aku order awal awal kat shopee sebabnya seller tu dari china.. baju cantik dan murah, kalau kedai local tak dapat noks.. bukan tak support local tapi nak jadi pengguna yang bijak.. kehkehkeh.. gambar baju anak tunggu jela nanti aku upload entry raya..

rambut pon nak raya.. 😄

minggu kedua puasa settlekan pulak rambut si sofia.. bila dia tengok sepupu dia potong rambut eh dia nak jugak.. sebelum ni jenuh jugak mommy pujuk ajak potong rambut, dia taknak sebab nak rambut panjang macam princess.. berangan jela kerja awak ni sofia.. 😆

akhirnya potong jugak tapi bukan kat saloon la.. mintak tolong anak saudara aku je.. happy la si kecik ni dapat rambut lebih kurang sepupu dia.. semua benda nak sama.. asalkan awak happy, mommy ikut jela nak oi..

takde la potong pendek sangat.. potong depan untuk tutup dahi lepas tu potong belakang sikit.. ala comelnya anak mommy.. 😍

part last sekali, settlekan baju raya si bapaknya.. so semalam jejak la kaki ke mall.. ramai umat manusia tak payah cakap la.. tapi pandai pandai jaga diri masing masing ingat ye covid masih ada! 😅 berjam jam dalam mall sampai naik krem kaki pon tak settle jugak.. haha.. nak beli baju matchy matchy dengan anak bini, susah sikit la nak cari.. nasib baik suami aku jenis layan je bini dia.. 😆

penat sangat gayanya layan papa dan mommy shopping.. 😜

ada dua tiga benda lagi yang tak settle tu nanti shopping lagi.. dun worry kita ada masa lagi seminggu sebelum raya.. kehkehkeh.. haa baru teringat, kasut raya aku pon tak cari lagi oi! jom gelabah sama sama.. 😂 eh korang punya persiapan macam mana? jangan cakap korang raya biasa biasa je tahun eh.. semua orang nak beraya sakan kot.. balas dendam dua tahun tak dapat beraya sangat.. 😝

bye!
xoxo

7 comments:

  1. raya sakan tahun ni. hehehe.. bab membeli kena jimat

    ReplyDelete
  2. Tetap bersederhana.. ahahhaa.. tapi kuih banyak dah.. Baju raya last year x pakai lagi dengan sepasang lagi beli kt Shopee.. Kasut beli dah sesiap sebelum Ramadan.. Duit raya tukar dah before raya...

    ReplyDelete
  3. Meriah raya kan tahun ni... Moga kekal meriah dengan selamat.. Hehe.. btw, cantik itu bajuuuu...

    ReplyDelete
  4. Memang sakan raya tahun ni. Baguslah Ezy dah sesiap shopping awal. Tak kalut nak cari last minit kan. Sofia pun nak rambut raya jugak. Sekarang nak shopping memang ramai umat manusia. Mujurlah dah siap apa yang perlu. Persiapan raya dapat baju raya dengan tudung je. Hand beg dan kasut tak ada yang berkenan pulak.

    ReplyDelete
  5. betul2 raya ni sampai 4 pasang ;-)

    ReplyDelete
  6. wah..tu dia .. 4 pasang gak tu.... sesekali, apa salahnya..kann?

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!