beraya kat sekolah pulak

assalamualaikum

setelah dua tahun tak merasa kemeriahan sambut hari raya kat sekolah, alhamdulillah tahun ni dapat merasa.. dan ini merupakan kali pertama aku beraya kat sekolah sekarang ni ye jadi agak excited nak tau macam mana suasana beraya kat tempat baru.. ihiks..

awal awal bergambar dulu dekat photobooth..

disebabkan raya dan hari guru jatuh pada bulan yang sama, sambut dua majlis sekaligus dalam masa satu hari.. awal pagi cikgu cikgu dan pelajar berkumpul kat dewan dulu sementara tu aku bertugas kat khemah VIP.. kena setup pinggan mangkuk sudu semua lepas tu susun susun makanan.. untuk majlis kat dewan aku tak tau apa jadi.. dah selesai je kat dewan, diorang pakat serbu ke dataran untuk makan makan.. tak sangka eh kat sini meriah giler! raya mestilah meriah.. 😁

layan budak budak form 1 bergambar.. eh macam sebaya je kan.. *tiberrrr

sambutan hari raya kat sini berbeza dengan sambut raya kat sekolah lama.. kalau dulu disediakan booth untuk setiap kelas, kat sini disediakan empat buah khemah untuk setiap rumah sukan.. rumah lambda (kuning), rumah alpha (oren), rumah beta (biru) dan rumah sigma (merah).. setiap penjuru dataran ada khemah untuk rumah rumah sukan tu.. pelajar pelajar boleh makan ikut khemah rumah sukan masing masing..

kat tengah tengah dataran tu ada khemah untuk VIP sekali dengan khemah untuk guru dan staff.. paling menarik, setiap khemah ceria dengan hiasan mengikut kreativiti masing masing.. memang seronok sangat tengok.. betul betul pulun raya lepas dua tahun raya kita sendu.. haha

makanan tak payah cakap la, macam macam ada tinggal bawak perut kosong je datang.. aku sempat la merasa nasi jagung rumah beta fuhh sedap.. lepas tu makan laksa penang, kuih muih sikit.. lepas tu banyak minum air je sebab cuaca agak terasa membahang walaupon mendung.. sambil sambil makan tu ada persembahan daripada pelajar pelajar.. berbakat diorang ni.. 😄

acara sukaneka : makeover

disebabkan sambut raya sekali dengan hari guru ada la acara sukaneka.. aku masuk pertandingan makeover yela acah acah pandai mekap nasib baik dapat model cantik hasil mekap pon cantik.. haha.. untuk pertandingan ni, wakil setiap rumah sukan dua orang, oh lupa aku mewakili rumah beta ye.. lepas tu disediakan seorang model untuk kita makeover.. masa diberikan hanya tiga minit.. kelam kabut nak mekap dalam masa tiga minit nasib baik pernah layan tiktok mekap laju laju boleh la aplikasikan dalam kehidupan sebenar.. kehkehkeh

hasil mekap tiga minit nasib baik budak ni comel.. kitorang dapat tempat kedua not bad la kan.. 😁

sepanjang berlangsungnya majlis aku rasa adalah beratus kali aku teguk air.. serius la dahaga kot tengah tengah dataran, bukannya ada aircond.. haha.. lepas tu sakit kaki sebab gatal sangat pakai heels.. padan muka aku, betul la orang cakap beauty is pain.. 😆

majlis selesai dalam pukul 2 petang lebih kurang.. mengemas pulak aku kat bawah khemah VIP tu haa.. nampak bebudak lalu lalang ajak diorang kemas sekali.. cabut semua hiasan hiasan bergantungan.. lega bila dah selesai semua.. masuk je bilik rehat terbaring aku kat situ.. macam nak tercabut kaki penatnya sambut raya.. 😅

OOTD~ tudung naelofar, baju kurung gene martino
aku pilih baju yang simple macam ni, super selesa walaupon cuaca panas..
paling penting walaupon simple tetap cantik.. kehkehkeh

majlis ni berlangsung pada 16 Mei 2022 itu hari.. lambat sikit update sebab busy dengan macam program kat sekolah ni.. maklumla dah dua tahun tak merasa, tahun ni pulun semua buat macam macam program.. ihiks..

bye!
xoxo

5 comments:

  1. Wah, meriah tu buat dua sambutan serentak! Tahniah, ezy! Berjaya gunakan skill make up pantas dan menang!

    ReplyDelete
  2. Bestnya.... mesti meriah kan. Tahun ni akak tam merasa raya ramai2 dekat opis

    ReplyDelete
  3. wah.. mmg meriah siap ada sukaneka make over pulak tu... dh 2 tahun x mcm ni kan? seronok bebudak... raya sekali hari guru... tahniah ezy!!

    ReplyDelete
  4. memang betul, simple pun cantik. lagi-lagi kalau kena buat kerja, kena pakai selesa dan senang jalan

    ReplyDelete
  5. untung sana meriah... sini sendu.. huhuhuh..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!