assalamualaikum
ada satu pokok keladi ni yang aku beli dengan kakak ipar aku, itu hari silap percaturan macam mana entah pokok tu hampir hampir nak arwah.. aku tanya la anak saudara aku macam mana nak buat dengan pokok keladi tu, aku agak putus asa jugak siap cakap kalau mati pokok ni tanam yang lain jela.. 😅 anak saudara aku suruh bawak balik dulu nanti dia tolong tengok tengok kan apa yang tak kena..
pokok yang hampir mati, sekarang membesar dengan jayanya.. 😊
lebih kurang sebulan jugak la pokok keladi ni di bawah jagaan anak saudara aku, dia tukar pasu bagi baja siram hari hari lepas tu letak kat bawah sinaran matahari.. akhirnya kembali segar dan semakin sihat.. alhamdulillah.. rupanya pokok keladi ni bukan sejenis indoor plants ye.. memang kena banyak air dan kena duduk kat luar..
yang dua beradik ni tahan lasak so biar je diorang teman aku kat dalam makmal.. ihiks
disebabkan ada pasu pasu kosong yang terbiar, aku mintak la kakak sulung aku tanam dua tiga jenis pokok untuk aku letak kat luar makmal.. pasu kat sekolah pon ada, aku tanam je pokok keladi yang senang jaga.. alhamdulillah hidup subur semuanya.. aku letak baja kopi seminggu sekali lepas tu hari hari siram.. memang betul betul jaga sebab tak nak ada pokok yang mati nanti.. 😅
mereka hidup bahagia dan aman makmur.. kehkehkeh
aku bukan ada ilmu sangat bab menjaga pokok pokok ni, setakat letak baja dan siram tu boleh la.. kakak sulung dan anak saudara aku yang banyak tolong.. pasal baja kopi tu pulak, kawan aku yang bagitau.. dia cakap cari je kat shopee harga pon tak mahal.. aku beli sekilo dalam RM3 lebih macam tu.. minat jugak bab menanam tapi duk risau pokok mati.. haha..
bye!
xoxo
hahaha pokok tu dah biasa berjimba hungga-hungga tengah panas, dibawaknya masuk dalam memang memberontaklah dia
ReplyDeletesaya rasa saya xde skill jaga pokok hehe
ReplyDeletebanyaknya jenis2 pokok keladi
ReplyDeleteSaya ada snake plant tu. Mula-mula letak dalam rumah. Tapi bila dah semakin besar, letak luar jela 😂
ReplyDelete