sekadar throwback : jejak kaki ke bandar baru kuala nerus

assalamualaikum

aku ni memang pantang nampak tempat cantik, laju la ajak suami pergi tengok.. duk belek belek facebook, lepas tu terpandang post pasal bandar baru kuala nerus.. tengok gambar terus terdetik di hati masyaAllah cantiknya tempat ni.. dapat berOOTD sedas dua mesti syok.. tunjuk kat suami, dia cakap jom kita pergi! happy la si isteri ni.. 😆

kitorang pergi masa bulan dua itu hari.. ye dah lama dah tapi tu la baru nak update.. banyak perkara terjadi dalam hidup kadang benda yang kita rancang tak selalu menjadi.. macam tu jugak entry dalam blog ni, tak semua boleh update di hari kejadian.. sudahnya jadi la sesi throwback.. boleh la asalkan update.. 😁

tempat ni baru bukak tau, jadi nak ke sana kena guna bantuan waze jugak.. masa hari aku pergi tu cuaca tak mengizinkan sangat tapi sejenis gigih nak jugak terjah.. sampai sana tengok ramai jugak umat manusia walaupon mendung.. turun dari kereta sangat yakin ye tak bawak payung, main aci redah je kalau hujan turun.. 😅


dari jauh pon dah nampak tau perkataan KUALA NERUS tu.. hajatnya nak panjat atas tu tapi memandangkan ramai orang tambah lagi masa tu covid tengah mengganas jadi lupakan jela hasrat tu.. mungkin boleh pergi lain kali.. hehe.. so bergambar je kat bawah tu nasib baik gambar cantik walaupon tak ready..

tempat ni boleh tahan luas jugak tapi kitorang tak habis pusing sebab hujan dah mula turun.. sempat la menjengah tasik kat sebelah sana sebelum hujan turun dengan lebatnya.. tu la yakin sangat tak bawak payung.. ihiks.. si sofia mujurla tak selsema lepas kena hujan.. 😅

berlatar belakangkan pusat islam.. cantik kan? memang rugi tak bergambar banyak banyak sebab views cantikkkk!

sofia tak bagi kerjasama pulak..
yang ni pulak berlatar belakangkan tasik..

eh elok pulak bergambar dengan papa.. 😒

hujan dah start turun tu, berlari lari anak la kami ni menuju ke kereta.. memang tak sempat nak pusing habis.. dapat snap gambar dua tiga ketul dah bersyukur sangat la tu.. takpe lain kali boleh datang lagi.. pastikan datang lagi nanti cuaca elok.. lighting cantik, baru la gambar letopsss haa gittew.. korang kalau rasa nak melawat terengganu, jemput la singgah kat bandar baru kuala nerus ni.. hee

bye!
xoxo

6 comments:

  1. hari tu baru lalu. terkejut tiba2 ada taman situ. lama sgt tak round2 ganu

    ReplyDelete
  2. cantik...best, kalau dpt naik menara tinjau tu..

    pernah sampai airport & pantai teluk ketapang je...

    ReplyDelete
  3. orang perempuan ni senang kan nak hepi, tak payah keluar modal banyak pun

    ReplyDelete
  4. nampak sarat sangat awan kat belakang tu

    ReplyDelete
  5. Tak pernah tiba lagi area sini. Wahhh nampak titi tu cantik la pulak...saya pun akan ambik gambar banyak2 kat tempat cantik.

    ReplyDelete
  6. aku pegi bulan 3 hari tu kot.. masa adik aku konvo, time tu panas deringgggg..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!