setiap tahun akan diadakan majlis jamuan akhir tahun untuk guru dan staff.. setiap tahun jugak ada tema tertentu.. kalau tahun lepas tema 60an, tahun ni tema bollywood pulak.. maka bermulalah misi mencari baju bollywood.. pening jugak la aku dibuatnya..
survey kat shopee, tapi macam tak yakin nak beli sebab takot tersalah size.. kalau besar boleh la repair balik.. buatnya dapat baju kecik, naya jugak.. survey offline je, jumpa la kat kamdar.. hari jumaat lepas sempat la ke kamdar kejap..
ni punjabi dah elok tapi takde lengan pulak.. boleh pakai inner tapi aku takde keyakinan yang tinggi sebab lengan sado.. 😆
gigih si yana kat belakang belek baju.. 🙊
ni pon sama punjabi jugak.. colour yang ni tak menarik hati sangat.. 😔
last sekali aku beli jugak punjabi yang macam gambar kat atas tu tapi colour bajunya purple.. harga asal RM69.90 lepas diskaun dapat RM55.. harga pon takde mahal sangat.. balik rumah try pakai sekali seluar ketat pulak.. nak duduk pon tak boleh.. 😂 fikir punya fikir akhirnya aku jual baju tu kat cikgu sekolah.. nasib baik dia nak beli..
terdetik di hati nak bukak almari, dan ternampak la baju punjabi colour merah yang kakak ipar aku bagi itu hari.. letak dalam almari sebab masa dia bagi tu baju tu tak muat dengan aku.. aku try la baju tu, sekali muat wehhhh.. datang idea nak pakai baju tu dengan skirt kembang.. wah kerlas gitu.. 😙
bila dah datang idea tu, laju laju contact sepupu aku mintak tolong dia jahitkan skirt.. nasib baik sepupu aku sanggup tolong.. 😅 so semalam balik dari kerja sempat la ke kedai gio, cari kain untuk buat skirt kembang.. fuhh lega~
lebih kurang macam gini la baju aku nanti.. 😅😅
harap cantik la aku pakai.. kalau model pakai semua nampak cantik.. 😣
settle bab baju, misi mencari aksesori la pulak.. eh kasut dengan handbag pon kena cari jugak! 😆 nanti aku update lagi..
bye!
xoxo
mestila cantik dak ezy ni nanti... kan dah bertambah kurus.. bertambah la cantek berbollywood OOTD nanti..
ReplyDeleteMeh sini kapar sekarang bkn main meriah pesta jual baju sebab nak deepavali ujung bulan ni..
wow tema bollywood
ReplyDeleteKejap aje dah nak akhir tahun.
ReplyDeleteWah! cantik tu kalau merah macam yang bawah sekali tu.
ReplyDeleteHurmmm... ferfeeling Kajol gittew...
fesyen Bollywood ni cantik digayakan, kak ana suka lengga tapi tu lah bila kita muslimah ni banyak perkara kita kena ambil berat kan.. :)
ReplyDeletebiasanya tailor kat kedai tu boleh je sambungkan tangan baju tu. Itu kalau ammi beli kat KL ni lah..memang ada Indian Street kan.
ReplyDeletemesti letop ni nanti. selamat berbollywood :)
ReplyDeletekalau dinner ada tema bagai ni susah jugak nk cari outfit
ReplyDelete